JUMAAT, 05 JULAI – Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan satu sesi perkongsian bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori UMS, kelmarin.
Sesi perkongsian yang bertajuk “Media Sosial : Isu dan Cabaran dalam Perkhidmatan Awam” disampaikan Timbalan Pengarah SKMM Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Irwan Ahmad Sabtu di hadapan lebih 60 kakitangan UMS yang hadir.
Dalam perkongsiannya, Irwan berkata, pengguna media sosial bukan sekadar sebagai pengguna semata-mata tetapi juga sebagai penyalur maklumat melalui akaun media baharu masing-masing tidak kira tempat dan masa.
“Media sosial juga digunakan dalam sektor awam bagi memenuhi kehendak persekitaran yang sentiasa berubah-ubah sekali gus mampu memantapkan sistem perkhidmatan yang lebih pantas dengan cakupan maklumat terkini untuk rujukan masyarakat.
“Sebagai penjawat awam, penggunaan media sosial secara peribadi juga harus tertakluk di bawah perintah am.
“Kami di SKMM antara lain mahu menerapkan masyarakat sebagai warga digital yang menggunakan internet berteraskan rukun negara serta lebih berintegriti dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan apa-apa kandungan dalam internet,” jelasnya.
Hadir sama Ketua Pejabat Penasihat Undang-Undang UMS, Yenney Fadzlyena Ahmad Shah.



KHAMIS, 4 JULAI – Kejohanan Sukan Kakitangan Universiti Malaysia Sabah (SUKUMS) 2019 Kali Ke- 18 yang bakal berlangsung pada 12 hingga 14 Julai ini menjadi platform terbaik kepada kakitangan UMS dalam membudayakan kesihatan melalui penyertaan acara sukan yang dipertandingkan.
KHAMIS, 4 JULAI - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) berlangsung meriah di Auditorium Pascasiswazah, di sini baru-baru ini.
Lebih 150 orang hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pusat Minda Lestari (PML) bersama Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Pendaftar, ahli jawatankuasa PIBG serta kekitangan dan pelajar- pelajar PML.
WEDNESDAY, 3 JULY - Universiti Malaysia Sabah (UMS) Plant Design Team emerged as the overall champion for the 7th IEM Chemical Plant Design Competition 2018/2019, organised by the Institute of Engineers, Malaysia (IEM) in Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak recently.