JUMAAT, 28 JUN - UNICEF Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan satu bengkel latihan pengurusan kewangan Harmonised Approach to Cash Transfer (HACT) di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan baru-baru ini.
Pegawai UNICEF, Anne Albert berkata, bengkel itu bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada rakan strategik UNICEF di Sabah tentang garis panduan dan prosedur pengurusan serta pemindahan dana dari UNICEF.
"HACT adalah satu prosedur kewangan yang direkabentuk oleh UNICEF untuk mempromosikan kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan kewangan oleh rakan-rakan strategik UNICEF.
“Biaya operasi UNICEF diterima sebahagian besarnya daripada sumbangan orang ramai, justeru kami perlu mengamalkan kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan kewangan untuk mengekalkan kepercayaan penyumbang kami," katanya ketika menyampaikan ceramah.
Sementara itu, pensyarah program komunikasi UMS, Lai Che Ching berkata, latihan tersebut sangat penting dan bermakna, kerana ia akan membantu dalam pengurusan kewangan untuk Unit Penyelidikan Komunikasi Pembangunan (C4D ) UMS nanti.
"Ia akan banyak membantu khususnya dalam soal ketelusan pengurusan dana,” ujarnya yang hadir mewakili Unit C4D yang bakal ditubuhkan di universiti itu melalui dana sumbangan UNICEF.
Bengkel sehari tersebut turut dihadiri Pejabat Wilayah Asia Pasifik untuk Special Olympic bersama-sama dengan wakil dari Special Olympic Sabah serta wakil pejabat Bendahari dan Pusat Jaringan Industri dan Komuniti UMS.



KHAMIS, 27 JUN - Persidangan Pendidikan Kejuruteraan Asia ke-8 (ACEE 2019) anjuran bersama Fakulti Kejuruteraan (FKJ) dan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Korea Maritime Ocean University yang berlangsung di UMS memberi tumpuan kepada pendekatan inovatif dalam melaksanakan paradigma Pendidikan, Sains, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
KHAMIS, 27 JUN – Seramai 110 kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS)dari pelbagai gred jawatan telah menghadiri Bengkel Jawatankuasa Penyiasatan Kehilangan Aset Alih UMS baru-baru ini.
RABU, 26 JUN 2019 - Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) diharap agar terus mengorak langkah melaksanakan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat bukan sahaja kepada ahli malah kepada masyarakat setempat.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertekad untuk menjadi pusat penyebaran ilmu pengajian bagi melahirkan pendidikan tinggi yang berkualiti kepada pelajar dan cendekiawan di peringkat global mahupun setempat.