KHAMIS, 11 APRIL - Fakulti Pertanian Lestari (FPL) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menganjurkan Ceramah Kesedaran Insolvensi Penjawat Awam untuk warganya, baru-baru ini.
Ceramah yang bertujuan memberi kesedaran kepada para kakitangan tentang risiko muflis akibat keberhutangan serius itu disampaikan oleh Ketua Cawangan Jabatan Insolvensi Sandakan, Syamsul Amri Nordin.
Menurut Syamsul, keberhutangan serius bukan sahaja menjejaskan prestasi seseorang kakitangan malah boleh membawa kepada kes berat seperti gejala rasuah.
"Membendung daripada awal adalah langkah bijak bagi menghindarkan diri daripada terjerumus dalam kancah hutang," jelasnya.
Pada ceramah tersebut, beliau turut berkongsi pengalaman dalam mengendalikan kes-kes tertentu, khususnya kaedah menyelesaikan hutang bagi individu yang telah diisytiharkan muflis.
Selain itu, Syamsul turut berkongsi teknik pengurusan kewangan yang betul terutama dalam pembelian aset hartanah seperti rumah.
Ceramah tersebut diadakan bertepatan dengan hasrat Pendaftar UMS, Vina Zahriani Yusof yang dikongsikan pada Majlis Aspirasi Pendaftar baru-baru ini tentang pentingnya menekankan peningkatan dalam perkhidmatan berkaitan kakitangan UMS.



KHAMIS, 11 APRIL - Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk K.Y Mustafa menasihatkan setiap warga UMS agar menanamkan semangat kenegaraan dalam apa juga aktiviti yang dijalankan.
RABU, 10 APRIL - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) cemerlang dalam pertandingan MIFT 11th National Food Science and Technology Competition apabila muncul sebagai juara kategori Food Bowl Quiz yang berlangsung di Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak baru-baru ini.
KHAMIS, 11 APRIL 2019 - Pelajar Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini telah dilengkapi dengan program Pensijilan Profesional Huawei Certified ICT Associate (HCIA) daripada syarikat teknologi komunikasi terkemuka dunia itu sebagai nilai tambah kepada mereka.
RABU, 10 APRIL – Persidangan Antarabangsa Sains dan Sumber Alam kali ke-4 (ICSNR4) 2019 yang berlangsung baru-baru ini menghimpunkan pakar dan profesional dalam bidang sains dan sumber alam bagi perbincangan lebih khusus terhadap perkembangan bidang tersebut.