SELASA, 27 NOVEMBER - Graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Cosmas Julius Abah @ Eddol, seorang warga emas berumur 71 tahun menjadikan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad sumber inspirasi untuk terus berjaya.
“Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan salah satu contoh terbaik bagi para pelajar kerana lanjutan umur bukanlah penghalang untuk terus berjaya," katanya pada sidang media Konvokesyen UMS kali ke-20 di Dewan Canselor, pada Sabtu..
Menurutnya lagi, selain menjadikan Tun Mahathir sebagai teladan, beliau menyifatkan bahawa usahanya melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Sastera (Linguistik) adalah suatu ilham daripada Tuhan.
"Sepanjang dua tahun setengah melakukan kajian penyelidikan dalam bidang linguistik akhirnya dapat menghasilkan satu kamus penuh yang bertajuk “Kadazan Dictionary” telah diterbitkan pada 13 Ogos 2015.
"Jika ingin mencapai kejayaan kita jangan lupa untuk sentiasa berkerja keras dan berdoa kepada Tuhan,"tambahnya.
Datuk Cosmas yang mempunyai tiga anak dan empat cucu berkata, dia juga merancang untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah Doktor Falsafah (PhD) kelak.
“Jika Tuhan izinkan sudah tentu saya akan menyambung pengajian pada peringkat seterusnya," jelasnya.
Beliau merupakan antara 5,003 graduan yang menerima penganugerah skrol ijazah tamat pengajian pada Majlis Konvokesyen UMS kali ini.
Sumber: Al Hidayah Awang



ISNIN, 26 NOVEMBER - Seramai 89 graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di bawah Pelaksanaan Mekanisme Mod Kemasukan Baharu bagi isi rumah 40% terendah (B40 ) menamatkan pengajian dan menerima ijazah sarjana muda dalam Majlis Konvokeysen UMS ke-20 yang berakhir hari ini di Dewan Canselor UMS.
ISNIN, 26 NOVEMBER – Para graduan merupakan cerminan masa depan negara yang akan mewarisi tampuk kepimpinan yang sedia ada.
ISNIN, 26 NOVEMBER - Seramai 5,003 graduan terdiri daripada 55 penerima Ijazah Doktor Falsafah, 603 Ijazah Sarjana; 4,276 Ijazah Sarjana Muda dan 69 Diploma akan menerima jiazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-20 yang berlangsung pada 24 sehingga hari ini.
KHAMIS, 22 NOVEMBER - Tamu Gadang adalah manifestasi kepada kejayaan pelajar serta seluruh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS).