SELASA, 25 JULAI – Orang ramai khususnya para penyelidik, ahli-ahli akademik serta pegawai-pegawai kerajaan dan swasta yang berminat untuk menyertai program 2017 Agilent Chromatography Mass Spectrometry Seminar Tour masih lagi boleh berbuat demikian sehingga esok.

Seminar anjuran Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Agilent Technologies Malaysia itu akan berlangsung pada 2 dan 3 Ogos 2017 di bangunan IPB.

Seminar dua hari tersebut bakal memberi pendedahan kepada orang ramai tentang penyelidikan dan perkembangan terbaharu bidang kromatografi.

Justeru, mereka yang ingin mendaftar boleh memuat turun tentatif program dan borang penyertaan daripada portal rasmi UMS.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengarah Program, Dr. Ling Yee Soon di talian 014-6771868 atau Francis Chan (012-3040828) dari Agilent Technologies.

 

Oleh Elfiah Jekius (Pelajar Latihan Industri BPK)

 

SELASA, 25 JULAI – Majlis Hari Raya Aidilfitri Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan berlangsung meriah dengan kehadiran orang ramai dan para kakitangan agensi serta jabatan perkhidmatan awam.

Tumpuan utama ialah gerai-gerai yang telah menyediakan pelbagai jenis juadah seperti kuih-muih, cendol santan, puyuh goreng berempah dan kambing golek untuk santapan pengunjung yang datang memenuhi Dewan Serbaguna Blok C, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

Sebanyak 66 buah agensi kerajaan dan jabatan perkhidmatan awam termasuk Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengambil bahagian dalam penyediaan gerai yang dihiasi dengan dekorasi mengikut kreativiti masing-masing.

Kehadiran Ketua Menteri Sabah merangkap Pro Canselor UMS, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang melawat setiap gerai makanan memeriahkan lagi suasana majlis.

Majlis turut menyaksikan Jabatan Penjara Sabah muncul sebagai pemenang tempat pertama bagi pertandingan gerai tercantik, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Canselor UMS, Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin.

 

Oleh Rodzmidi Abdul Latif (Pelajar Latihan Industri BPK)

 

TUESDAY, 25 JULY – Faculty of Humanities, Arts and Heritage (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) snatched two awards at the recent UMS Excellence Award held at Dewan Resital, UMS.

The awards were for Best Income Generator, and Best Website (Academic Category).

For the Best Income Generator award, they received RM5,000 plus a certificate, and RM1,500 plus a certificate for the Best Website (Academic Category) award.

A lecturer from FKSW, Associate Professor Dr. Ismail Ali who is also the Deputy Vice-Chancellor of Student Affairs and Alumni won the Best Academic Books Award for the Social Science and Humanities Category for his book entitled, “Sejarah dan Pembudayaan Perahu Tradisi di Sabah”.

The UMS Excellence Award also included other awards such as Leadership Award, Long Service Award, Innovation Award, Eco-Campus Creativity Award and Organisational Management Award.

The event was officiated by the Vice-Chancellor of UMS, Professor Dr D Kamarudin D Mudin and was also attended by the Registrar cum Chairman of the event, No’man Datuk Haji Ahmad, Principal Officers and former Vice-Chancellor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah. - FL

SELASA, 25 JULAI – Pendidikan merupakan kunci dalam membuka peluang serta mengatasi halangan-halangan yang dihadapi di sekitar Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. D. Kamarudin D. Mudin berkata, peranan institusi pengajian tinggi merupakan antara nadi yang mampu memangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi di rantau ini.

“Menerusi pendidikan, kita boleh mencapai pemahaman budaya yang lebih tinggi, mengurangkan masalah kemiskinan dan mencapai matlamat sosial dan ekonomi untuk masyarakat di dalam kawasan BIMP-EAGA,” kata beliau ketika berucap pada Inaugural BIMP-EAGA Higher Education Summit 2017 di Pacific Sutera Hotel Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Penubuhan BIMP-EAGA bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dan pertumbuhan dalam bidang pelancongan, perniagaan pertanian, perhubungan, persekitaran dan sosiobudaya serta pendidikan.

Persidangan itu dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching.

Hadir sama Pengarah Kluster Sosiobudaya dan Pendidikan BIMP-EAGA, Dr. Gaspar Gayona.

 

Oleh Rodzmidi Abdul Latif (Pelajar Latihan Industri BPK)

 

ISNIN, 24 JULAI – Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi sesak dengan kebanjiran orang ramai yang menghadiri Program Temu Duga Terbuka SL1M di Dewan Canselor yang berlangsung selama dua hari sehingga kelmarin.

Dianjurkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), program itu membuka 5,000 peluang pekerjaan dan latihan daripada 43 buah syarikat dari seluruh negara.

Tinjauan media mendapati rata-rata pengunjung terdiri daripada lepasan graduan dari pelbagai universiti awam dan swasta bagi merebut peluang yang ditawarkan.

Salah seorang pengunjung yang ditemui, Muhammad Asyraaf Yaea berkata, program seumpama itu amat baik kepada pelajar khususnya graduan untuk mencari pekerjaan.

“Peluang-peluang sebegini amat bermanfaat khususnya kepada golongan seperti kami yang baru menamatkan pengajian di universiti untuk mencari pengalaman dan mendapatkan pekerjaan,” katanya yang berasal dari Tawau.

Program itu disemarakkan lagi dengan kehadiran artis-artis popular tanah air seperti Faizal Tahir dan kumpulan Zero selaku duta SL1M, selain artis-artis tempatan seperti Jimmy Palikat, Firman AF dan Farish Aziz.

Turut diadakan acara cabutan tiket bertuah dan aneka ragam jualan dari gerai-gerai yang disediakan.

 

Oleh Rodzmidi Abdul Latif (Pelajar Latihan Industri BPK)