ISNIN, 11 JANUARI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan meneruskan usaha memperkasakan bidang pertanian demi manfaat masyarakat setempat dan negara.
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah menerusi entri terbaru di laman facebook rasmi beliau menyatakan bahawa bidang pertanian akan menjadi salah satu bidang tujahan yang akan diperkasakan di peringkat UMS.
Menurutnya, pemerkasaan bidang pertanian akan menggalakkan lebih ramai anak muda tempatan untuk menceburi bidang pertanian sebagai usahawan tani yang bukan sahaja dapat memberikan pendapatan lumayan tetapi dapat menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada masyarakat.
“Semoga melalui usaha ini mampu memangkin negara kita ke arah menghasilkan sumber-sumber makanan yang mencukupi dan seterusnya dapat dieksport ke luar negara dalam meningkatkan pendapatan negara,” ujarnya.
Kenyataan tersebut dimuat naik sempena lawatan rasmi beliau ke tanah milik UMS di Apin-apin Keningau dan ladang lembu tenusu baru-baru ini.
Mengulas mengenai lawatan itu, beliau tertarik dengan konsep 'Zero Discharge' yang diaplikasikan di ladang lembu tenusu milik Datuk Yap Yun Fook itu.
“InsyaAllah, UMS akan menjalinkan kerjasama dengan Datuk Yap dalam masa terdekat ini untuk merealisasikan konsep Eco Farm di Fakulti Pertanian Lestari UMS di Sandakan sekali gus menggiatkan kerjasama antara pihak industri dan universiti,” ujarnya.
Sumber: Laman Facebook Rasmi Naib Canselor UMS
Gambar: Ernest Berinus



JUMAAT, 08 JANUARI – Pengunjung Muzium Perubatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencatatkan peningkatan pada tahun 2015, kata kuratornya, Faranizah Taufick.
JUMAAT, 08 JANUARI - Penggemar Royal Dean’s Cookies kini boleh menarik nafas lega apabila biskut keluaran Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu kini dibuka untuk jualan sekali lagi.
RABU, 06 JANUARI - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun di pejabatnya di Bangunan Canselori Hari ini.
RABU, 6 JANUARI – Seramai 6 orang ahli Persatuan Pelajar Pascasiswazah UMS (PSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama dua orang pelajar pascasiswazah dan dua orang pegawai pengiring telah mendekati penghuni Rumah Warga Emas Sri Harapan Sandakan, baru-baru ini.