Pelaksanaan program Nutrition Month Malaysia (NMM) anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu meningkatkan kesedaran kepada orang awam terhadap penjagaan kesihatan melalui makanan bagi mencegah penyakit khususnya yang berkaitan pemakanan.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata, Program Bulan Pemakanan Malaysia tersebut adalah satu inisiatif tahunan yang diterajui oleh tiga badan profesional terkemuka, iaitu Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Persatuan Dietitian Malaysia dan Persatuan Komposisi Badan Malaysia sejak 22 tahun lalu.

“Justeru, sebagai inisiatif pendidikan dan promosi pemakanan peringkat kebangsaan, program NMM ini turut mendapat sokongan daripada Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Bertemakan 'Ubah Minda, Cegah Penyakit Berkaitan Pemakanan', objektif NMM adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya mengubah cara pemikiran kita dari konsep ’jagaan sakit’ (sick care) kepada ’pencegahan penyakit’ (disease prevention)

“Kita perlu mengutamakan kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah penyakit berbanding hanya mengharapkan rawatan ketika penyakit sudahpun berlaku, terutamanya penyakit-penyakit yang berkaitan pemakanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program Nutritional Month Malaysia peringkat IPT Negeri Sabah dan Pelancaran Makmal Hidup Nutrition in Community Engagement (NICE) di Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) UMS.

Perasmian penutupan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

Mengulas mengenai Makmal Hidup NICE yang dilancarkan, Kasim berkata makmal hidup tersebut diharap dapat memantapkan lagi daya usaha untuk menangani penyakit-penyakit kronik yang berkaitan dengan pemakanan, sekali gus memperkukuhkan sektor sekuriti makanan dan pemakanan.

“Penubuhan makmal hidup NICE ini dijangka mampu meningkatkan status pemakanan, menyokong dan meningkatkan sistem makanan yang lestari bagi pemakanan yang sihat untuk masyarakat sebagai tambahan kepada perkhidmatan runding cara pemakanan yang disediakan melalui klinik-klinik kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

“Makmal hidup ini juga akan melibatkan pelbagai pemegang taruh dari segenap sektor bagi memastikan perancangan serta pelaksanaan program-program makanan dan pemakanan adalah menyeluruh dan berkesan demi kemakmuran bersama,” katanya.

Sementara itu, Mustapha menyambut baik usaha murni UMS serta agensi-agensi yang terlibat dalam penganjuran program NMM 2024.

“Adalah menjadi hasrat negara untuk melahirkan generasi yang sihat melalui kesejahteraan pemakanan bermula daripada usia muda.

“Usaha bagi memerangi dan menamatkan semua bentuk masalah malpemakanan memerlukan satu strategi dan pendekatan yang mampan melibatkan dan merentasi semua sektor kerajaan, swasta, industri dan penduduk Malaysia sendiri.

“Dalam hal ini, perancangan dan pelaksanaan pelan tindakan pemakanan yang komprehensif memerlukan sokongan padu dan komitmen daripada semua pihak termasuklah kita semua,” ujar beliau.

Pelbagai aktiviti pendidikan dan promosi pemakanan telah diadakan bersempena NMM bermula sejak 22 April lalu.

Antaranya termasuklah tip harian pemakanan sihat yang telah dikongsikan di platform-platform rasmi dan media sosial UMS, FSMP dan Kelab Pemakanan UMS, selain aktiviti-aktiviti yang menyasarkan golongan pelajar IPT seperti pertandingan tik tok, bengkel penyediaan model makanan, senam santai mingguan dan Nutrition International Colloquium for Excellence in Undergraduate Research (NICER).

 

Lace-up your running shoes and get ready to make strides for a good cause! Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) and Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) Sabah Chapter are thrilled to announce its annual Charity Run, slated to take place on 30th June 2024, at the UMS Dataran Dewan Canselor.

The 7K Campus Run is more than just a race; it is an opportunity for the community to come together and support a noble cause.

With the aim of helping the members of Bukit Harapan, an organization well-known to be dedicated to sheltering and improving the lives of abused children, as well as underprivileged and helpless communities.

In this cause, this event promises a morning of fun, fitness, and philanthropy. This run will also be officiated and supported by Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Deputy Minister of Higher Learning.

Participants of all ages and abilities are invited to join and to raise funds and awareness for Bukit Harapan. Whether you are a seasoned runner or just enjoy a leisurely jog, there is a place for you at the starting line.

“We’re excited to once again bring the community together for our annual Run, and this year is very special since we are conducting together with PPUMS as our co-organizer” said Ar. Mok Juang Yu, Chairman of PAM Sabah Chapter.

Meanwhile, Chairperson of PPUMS 2023/2025, Alna Tugan said this event not only promotes health and wellness but also allows to make a meaningful impact in the lives those we serve.

“Every step taken, and every cent raised brings us closer to achieving our mission in helping the cause of this Charity Run which is the first for PPUMS which means a lot to us,” she said.

In addition to the race, participants can look forward to lucky draws and food trucks for all participants. Registration for the Charity Run is now open, with various options available for individuals, teams, and corporate sponsors. Every registration includes a race bib, commemorative t-shirt, e-certificate, and the satisfaction of knowing you are supporting a worthy cause.

To register or learn more about the Charity Run, visit www.ticket2u.com.my or for group registration for more than 10 pax, manual registration is accepted (kindly contact the registration secretariat, Bibie Sekil of PAM (016-582 5001 – whatsapp only), or Faranizah Taufick of PPUMS (014-856 9013- whatsapp only). Do not miss your chance to be a part of something truly special and make a difference in your community.

For media inquiries or sponsorship opportunities, please contact: Ir. Ts. Dr Asrul Effandy at 012-885 9897 or Deidre Faye Danggot at 016-7733889.

 

Menyedari kepentingan nilai alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam mencapai pembangunan mampan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil inisiatif mengangkat konsep ESG dalam pengajaran dan pembelajaran kursus kokurikulum berkredit.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS menghasilkan Modul Mahasiswa Prihatin UMS Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus, atau UMS SPRINT-ESG.

Menurut Pengarah PKPP, Profesor Madya Dr. Jurry Foo, universiti berperanan dalam mengajar nilai ESG dengan mewujudkan persekitaran inklusif yang menghormati perspektif yang berbeza.

“Selain itu, kita juga mahu menggalakkan tadbir urus beretika disemai dalam kalangan siswa-siswi sebagai pemimpin masa depan melalui pendidikan.

“Nilai ESG dapat memastikan keseimbangan antara tindakan manusia dan alam semula jadi, menggalakkan amalan mesra alam serta memupuk sikap mengutamakan tanggungjawab sosial, keterangkuman dan kepelbagaian,” katanya.

Beliau memaklumkan, sebanyak 21 program telah dirancang dan dilaksanakan pada fasa 1 pelaksanaan modul tersebut.

“Misalnya program PLANTASIA dan Kebun LESTARI yang menumpukan kepada nilai alam sekitar, Program Batik for Society dan Program Jelajah 3M yang berfokus kepada nilai sosial dan program pengenalan sistem Tagal yang menyentuh nilai tadbir urus khusus kepada pengurusan alam sekitar berasaskan komuniti.

“Modul ini penting dalam membentuk masyarakat yang prihatin kepada kesejahteraan sejagat dari aspek alam sekitar, sosial dan pengurusan kerana mahasiswa adalah bakal peneraju kepimpinan pada masa akan datang, yakni sebagai perancang dan pembuat keputusan untuk bangsa dan negara,” katanya.

Ujar Jurry, adalah penting bakal pemimpin masa depan dibekalkan dengan kebolehan mengurus dan menangani isu alam sekitar dan sosial seperti perubahan iklim, kemiskinan, jantina dan ketidaksamaan sosial, keselamatan data dan privasi yang rencam.

Dua Surat Niat atau Letter of Intent (Lol) di antara Creative Advanced Machine Intelligence Research Centre, Universiti MalaysiaSabah(CAMIRCUMS) dan MQuest Pte Ltd & iMQuest Sdn Bhd, ditandatangani baru-baru ini.

Turut ditandatangani adalah Lol di antara CAMIRC-UMS dan Allyssa Certification Sdn Bhd (ACSB).

Dalam Lol pertama , CAMIRC-UMS dan MQuest bersetuju bekerjasama dalam peningkatan penyelesaian ICT penjagaan kesihatan dengan menyepadukan teknologi KecerdasanBuatan, Blockchain dan Keselamatan Siber.

Ia bagi memenuhi pembangunan saling kendalian model Healthcare Information and Management Systems Society (HISMM).

MQuest memberi perkhidmatan kepada industri penjagaan kesihatan dalam pengurusan inventori, skala pintar dan Real Time Location System, teknologi RTLS.

Dalam Lol kedua , CAMIRC-UMS dan ACSB juga bersetuju bekerjasama dalam peningkatan penyelesaian ICT berasaskan teknologi kesihatan, Agri-tech dan Aqua-tech.

Ia dibuat dengan menyepadukan teknologi Kecerdasan Buatan, Blockchain dan Cybersecurity, pembangunan Global Carbon Infrastructure di Wilayah BIMP-EAGA dan penyelesaian inovatif untuk tenaga boleh diperbaharui.

Langkah itu menyokong BIMP-EAGA dan seterusnya menyediakan kertas cadangan penyelidikan dan pembangunan untuk mendapatkan dana penyelidikan.

Majlis menandatangani Lol itu dihadiri Pengarah ACSB,Dr. RaymondAlfred, Pengarah MQuest Sdn Bhd, Pengarah MQuest Sdn Bhd, Rayyan Radzwill Abdullah dan Pengarah MQuest Pte Ltd, Singapura, Lim Boon Seng.

Turut hadir Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik, Profesor Madya Ts. Dr Mohd Hanafi Ahmad Hijazi dan Pengarah CAMIRCUMS, Profesor Ts. Dr Rayner Alfred.

Perkhidmatan ACSB termasuk memulakan dan melaksanakan pembangunan projek dan program yang berkaitan dengan Green and Blue Economy, Climate & Energy, Food & NatureTourism dan People-Community.

Dr Mohd Hanafi berkata komitmen mencapai objektif bersama yang terkandung dalam dua Letter of Intent (Lol) diyakini mampu membawa impak positif pada masa hadapan antara ketiga-tiga pihak.

"Kerjasama ini dapat mengukuhkan kerjasama antara industri tempatan dan antarabangsa dan menjadi sebuah institusi tempatan di Malaysia dalam bidang Green and Blue Economy, tenaga boleh diperbaharui, dan penjagaan kesihatan untuk menyokong program Sabah Maju Jaya dan inisiatif BIMP-EAGE," katanya.

Hadir sama Ketua Pentadbiran Fakulti Komputeran dan Informatik, Molly Donna Awang Sham, Timbalan Dekan Pasca dan Antarabangsa, Dr. Nooralisa Mohd Tuah, Ketua-ketua Program, Prof. Madya Dr. Azali Saudi, Dr. Wan Nooraishya Wan Ahmad dan Prof. Madya Dr. Goh Say Leng, Penyelaras Pascasiswazah, Dr. Jackel Chew Vui Lung serta Dr. Samry @Mohd Shamry Sainin (FKI KK).

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjalinkan kolaborasi bersama Access Ideas (M) Sdn. Bhd. (AIM) bagi kerjasama dalam pembangunan trainer yang bertauliah, modul latihan dan strategi pemasaran khusus untuk penjanaan melalui latihan, serta memasarkan kepakaran dalaman UMS.

Kolaborasi tersebut dimeterai dalam satu acara menandatangani Surat Niat (LoI) antara kedua-dua pihak yang berlangsung di UMS.

Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar mewakili UMS menandatangani LoI tersebut, manakala AIM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Zati Hanani Zaini.

Menerusi LoI tersebut, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam memasarkan kepakaran dalaman UMS selain menjadi platform menyediakan tenaga pengajar, perundingan dalam membangunkan alat sokongan dan aplikasi program latihan, dan sebagai rakan strategik dalam penganjuran persidangan, seminar atau webinar di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

UMS dan AIM juga akan bekerjasama dalam aspek penggunaan sewaan ruang dan fasiliti, membangunkan program-program pensijilan dan kerjasama program ‘Internship with Finishing School’ yang memfokuskan kecekapan pemasaran kepada pelajar UMS.

Terdahulu, Luqman dalam ucapannya merakamkan penghargaan khususnya kepada Ketua Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BkePT) UMS, Kamisah Husin dalam merealisasikan hasrat untuk mengadakan kolaborasi tersebut.

“Tahniah dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat terutama kepada para trainers pakar UMS yang komited dalam membangunkan modul latihan berkualiti serta komprehensif.

“Diharapkan agar hubungan kerjasama sebegini dapat diteruskan dan memberi faedah kepada kedua-dua pihak terutamanya dalam pembangunan modul latihan yang berkualiti, melatih dan berkongsi kepakaran tenaga pengajar selain menambah pembangunan bakat melibatkan komuniti di Sabah” ujar beliau.

Hadir sama pada majlis tersebut wakil AIM, Zurina Salakin dan para trainers pakar UMS.