Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa para pelajar aliran sains untuk menyambung pengajian dalam bidang sains makanan dan pemakanan di universiti itu.

FSMP menawarkan empat program ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam bidang pengkhususan Perkhidmatan Makanan (UH6541001), Sains Makanan dan Pemakanan (UH6541002), Pemakanan (UH6541003) dan Teknologi Makanan (UH6541004).

Dekan FSMP Profesor Madya Ts. Dr. Hasmadi Mamat berkata, empat program tersebut telah mendapat akreditasi daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan dua daripadanya turut mendapat pengiktirafan daripada agensi lain.

“Program Pemakanan (UH6541003) turut mendapat pengiktirafan oleh Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MPKBM), manakala Program Sains Makanan dan Pemakanan (UH6541002) pula telah mendapat pengiktirafan antarabangsa oleh Internatonal Food Technologist (IFT) pada Disember 2023,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan program promosi akademik di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), baru-baru ini.

Hasmadi berkata program yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan program-program prasiswazah yang ditawarkan oleh FSMP UMS.

Sementara itu, Pengarah KML, Mohd. Mahyuddin Mohd. Noordin berkata penganjuran program seumpama itu memberi manfaat besar kepada pelajar KML untuk mendapat pendedahan dalam program akademik dan kerjaya berkaitan sains makanan dan pemakanan.

“Program promosi ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi para pelajar untuk membuat persiapan awal ke peringkat universiti.

“Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Pihak KML berbesar hati dan mengalu-alukan peluang kolaborasi lain bersama FSMP kelak,” katanya.

Seramai 1,260 pelajar yang hadir pada program tersebut berpeluang mendapatkan maklumat lanjut mengenai program-program akademik, peluang pekerjaan, tawaran biasiswa serta aktiviti-aktiviti pelajar FSMP UMS melalui taklimat yang disampaikan oleh ketua program masing-masing.

Turut hadir, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa FSMP, Profesor Madya Dr. Wolyna Pindi serta Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar KML, Syahmun Yahya.

 

Dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memperkukuhkan simpanan pencen dalam kalangan orang muda, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah memeterai satu perjanjian kolaborasi penyelidikan dengan Private Pension Administrator Malaysia (PPA) bagi menyokong usaha tersebut.

Perjanjian kolaborasi penyelidikan itu dimeterai dalam satu majlis yang berlangsung di UMS baru-baru ini.

UMS diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor menandatangani dokumen perjanjian tersebut, manakala PPA diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Husaini Hussin.

Melalui kerjasama tersebut, kedua-dua institusi itu akan memulakan projek penyelidikan selama setahun yang bertajuk "Enhancing Pension Saving Awareness and Intention Among Young Working Adults in East Malaysia”.

Penyelidikan tersebut antara lain bertujuan untuk menilai tahap kesedaran simpanan pencen semasa, mengenal pasti faktor yang mempengaruhi, dan membangunkan strategi dalam meningkatkan hasrat untuk mempunyai simpanan pencen.

Demografi dan landskap ekonomi di Sabah dan Sarawak yang unik mewujudkan satu rangka kerja yang menarik untuk kajian tersebut, yang penting dalam memastikan keselamatan kewangan dalam komuniti untuk tahun yang mendatang.

Terdahulu, Kasim dalam ucapannya berkata, kerjasama tersebut sememangnya usaha berterusan UMS untuk menyumbang kepada masyarakat melalui penyelidikan ke arah menangani isu-isu realiti dunia masa kini.

“Kolaborasi ini menumpukan satu usaha ke arah keperluan merancang fasa persaraan dengan sumber peruntukan pencen yang mencukupi.

“Justeru itu, usaha ini amat penting kerana masih ramai golongan muda yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi masa hadapan memulakan kerjaya mereka tanpa mengetahui kaedah untuk mempunyai simpanan apabila bersara kelak,” katanya.

Husaini dalam ucapan balasnya turut merakamkan penghargaan kepada UMS atas komitmen ke arah memberi pendedahan dan meningkat kesedaran kepada golongan muda yang bekerja tentang keperluan persediaan dalam aspek kewangan untuk jaminan masa hadapan.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin; Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; Ketua Pustakawan UMS, Md. Sazali Md. Salleh; Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik, Prof. Madya Ts. Mohd. Hanafi Ahmad Hijazi; dan Pengurus Pemasaran PPA, Wong Mew Sum.

 

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) together with Department of Higher Learning (JPT) Ministry of Higher Education (KPT), United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) and Malaysian Council for Public higher Learning Institutions (MEIPTA) successfully organized Malaysian Inclusive Open Educational Resources (iOER) Virtual Showcase 2023 recently. 

The event is a follow up to the National iOER Policy launched in December 2021, brought together distinguished guests, educators, and international representatives, underscored UMS leadership in promoting accessible education for all.

The Vice Chancellor UMS, Professor Datuk Dr. Kasim Haji Mansor said UMS is honoured to be one of the key parties involved in the project called ‘Design and Development of iOER’.

“This project is conducted fully online in three phases over a period of six months. The activities were made possible with the generous financial support of the William and Flora Hewlett Foundation, USA.

“UMS is committed to implement the Malaysian National iOER Policy and Action Plans as outlined in the UNESCO OER Recommendation 2019. This project focuses on Action Plan No.3 namely, to support the creation, access, re-use, re-purpose, adaptation and redistribution of inclusive and equitable quality OER for all stakeholders,” he said.

The showcase was officiated by the Director of JPT, Professor Dr. Azlinda Azman, involving 80 academicians from 20 Malaysian public universities.

Furthermore, Kasim said UMS is also responsible in establishing the website ioercop.ums.edu.my to archive all activities and deliverables from this project under creative Commons licenses and can be accessed globally.

He also informed that the iOER project was initiated by Director for eLearning UMS, Professor Dr. Fong Soon Fook who is also the UNESCO iOER Consultant and his dedicated team.

“We congratulate KPT on the showcase of the project “Design and Development of iOER” which will be transform the lives and abilities of everyone and the differently-abled individuals in Malaysia by giving them access to educational resources that are vital to their inclusion in society and their contribution to the greater good of humanity.

“Our shared goal is to contribute to the realization of Sustainable Development Goal (SDG) 4, ensuring quality education for all.

“As we celebrate this iOER Showcase, allow me to express our commitment to providing the fullest support and cooperation to the Ministry of Higher Education as we collectively embark on the next steps forward in advancing iOER,” he added.

UMS also express gratitude and appreciations to the Director of the Regional UNESCO Office in Bangkok, Soohyun Kim; Chief Advisor UNESCO Bangkok, Joe Hironaka; UNESCO Consultant Trainer, Professor Dianne Chambers; Creative Commons USA, Dr. Cable Green; UDL Implementation Specialist Centre for Applied Special tecnology (CAST), Bill Wilmot and Google Malaysia.

Earlier in speech, Soohyun applauded UMS’s dual focus on championing the open education movement and advancing accessibility for persons with disabilities.

She commended UMS leadership in this global project by showcasing how the OER policy has been practically applied through capacity-building workshops supported by UNESCO.

“This OER showcase demonstrated how a national policy has been practically applied to create innovative and inclusive OER learning materials in Malaysia,” she said.

She also highlighted the exponential growth of open-licensing and UNESCO’s adaptation of the UNESCO OER recommendation, emphasizing the role of inclusive education for persons with disabilities and open licensing in achieving SDG-4.

 

Pihak pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa terbuka dengan apa jua pandangan mahupun cadangan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mahupun Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Kolej Kediaman (JAKMAS) UMS khususnya dalam hal-hal berkaitan pelajar.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata, ini kerana MPP dan JAKMAS merupakan entiti penting yang menggerakkan agenda kebajikan pelajar di dalam universiti.

“MPP dan JAKMAS juga merupakan wadah untuk para pelajar memperkasa kepimpinan melalui interaksi bersama pelbagai pihak serta penganjuran program kemahasiswaan, sekali gus menjadi peluang untuk siswa-siswi yang lain terlibat secara aktif dan menyumbang kepada universiti meskipun tidak berada dalam kerusi kepimpinan.

“Oleh itu, apabila para kepimpinan pelajar mula melangkah ke arena ini, ia tidak semata-mata berkisarkan tentang keistimewaan, akan tetapi terkait kepada amanah dan tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Watikah Pelantikan MPP dan JAKMAS Sesi 2023/2024 di Galeri Majlis, UMS baru-baru ini.

Kasim turut mengingatkan para pemimpin pelajar agar memastikan setiap lontaran idea disalurkan dengan penuh hikmah.

“Pemimpin pelajar harus sentiasa bersifat profesional, matang dan konstruktif dalam menzahirkan pandangan terhadap sesuatu isu, dengan harapan bahawa ia akan memberi manfaat kepada pelajar secara keseluruhannya.

“Setiap perkara yang diketengahkan mestilah membawa gagasan idea yang bernas dan realistik melalui pengamatan serta analisis yang bersifat dinamik.

“Perkara yang paling utama adalah setiap tindakan yang dilakukan haruslah menzahirkan intelektual sesuai dengan gelaran anda sebagai mahasiswa mahupun pemimpin pelajar,” katanya.

Ujar beliau, semua pihak harus bersama-sama menjaga nama baik serta imej universiti agar keharmonian dan kesejahteraan kampus sentiasa terjaga sekali gus memberikan persekitaran yang kondusif untuk tujuan pembelajaran.

Pada majlis tersebut, Kasim menyaksikan lafaz ikrar dan aku janji dari kepimpinan pelajar yang diketuai Presiden MPP, Roslan Abdullah, serta menyampaikan watikah pelantikan kepada ahli jawatankuasa MPP dan JAKMAS Kolej-kolej Kediaman UMS.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Raman Noordin; Bendahari UMS, Badrul Hisham Ismail; Penasihat Undang-Undang UMS, Awang Suhaizam Bongsu; dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Mohd Raffie Janau.

 

Seni lukis mampu menjadi wadah bagi mengeratkan hubungan antara Malaysia khususnya Sabah dan negara Brunei Darussalam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bidang seni lukis juga mampu untuk menjadi penghubung antara kedua-dua negara.

“Hari ini kita bersama para pelukis daripada negara Brunei Darussalam dan saya ucapkan syabas dan tahniah buat Universiti Malaysia Sabah (UMS) kerana berjaya menjalinkan hubungan yang baik dalam bidang seni lukis dengan berbagai negara termasuk Brunei.

“Kita dapat menyaksikan pelbagai karya yang dihasilkan oleh tokoh pelukis dari Brunei yang menggambarkan nilai budaya, pemikiran, sejarah dan pelbagai nilai yang dipercikkan dalam Pameran Gurisan Subarang,”‘ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Soft Launch Pameran Gurisan Subarang di UMS di sini semalam.

Arifin yang juga Presiden Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) berkata, pihaknya berharap program seumpama itu akan dapat diteruskan dan menjadi wadah menjalin hubungan antara Malaysia dan Brunei khususnya negeri Sabah yang bersama di Kepulauan Borneo dalam bidang kesenian.

“Kita juga berharap program sebegini diadakan bukan sahaja dalam bidang seni lukis tetapi dalam bidang kaligrafi Islami dan kesenian yang lain,” katanya.

Sebanyak 83 karya melibatkan 15 pelukis-pelukis tersohor daripada Negara Brunei Darussalam menyertai Pameran Gurisan Subarang bermula 15 Januari sehingga 8 Mac ini di Bilik Pameran Kaamatan dan Kalimaran, Galeri Azman Hashim UMS.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansur.