SELASA, 19 JANUARI - Pandemik COVID-19 yang melanda negara pada ketika ini tidak menghalang Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menjayakan Konvensyen My STEM Ambassador Early Childhood Education 2021 secara dalam talian menerusi Facebook @UMS Official baru-baru ini. 

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, situasi pandemik tidak menghalang penganjuran majlis ilmu dilaksanakan tetapi sebagai peluang untuk meneroka kepakaran bagi kepentingan semua pihak.

“Penganjuran konvensyen bersama dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya ini dapat mensinergikan kepakaran ahli akademik UMS dan IPG yang diharap dapat memberi dan menambah kesedaran kepada pendidik, ibu bapa dan masyarakat tentang keperluan dan perkembangan terkini bidang pendidikan, khususnya dalam bidang STEM peringkat awal kanak-kanak.

“Semoga konvensyen ini dapat memberi dimensi baharu kepada pemikiran masyarakat berhubung bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), yang secara khusus memberi penekanan ke atas kepentingan bidang STEM dalam kehidupan manusia, pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.

“Kita bukan hanya menanamkan minat kanak-kanak dalam bidang STEM tetapi juga berkaitan bagaimana kanak-kanak dapat meneroka dan bersiap sedia dengan idea baru untuk mencipta teknologi baru apabila dewasa kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan konvensyen tersebut yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebook rasmi UMS.official yang mendapat lebik 7 ribu tontotan dari seluruh Malaysia. Pelbagai ulasan positif turut dikongsi oleh rakan maya atas penganjuran konvensyen tersebut.  

Menurut Taufiq, konvensyen tersebut menyediakan platform kepada masyarakat untuk mengetahui kepentingan serta faedah STEM, bukan sahaja untuk masa depan kanak-kanak tetapi juga dalam mengharungi kehidupan seharian yang amat bergantung dengan kemahiran teknologi.

“Saya percaya pendidikan awal kanak-kanak ialah masa yang terbaik untuk mencungkil potensi yang maksimum supaya kanak-kanak cenderung ke arah bidang STEM.

“Justeru itu, konvensyen maya seumpama ini mampu membuka minda guru dan ibu bapa tentang peranan mereka dalam pendidikan kanak-kanak abad ke-21,” ujar Taufiq.

Selain konvensyen dua hari itu, turut diadakan pertandingan STEM Experiment for the Little Scientists, COVID-19 STEM Invention serta pameran poster yang bertemakan kesedaran STEM pendidikan awal kanak-kanak yang telah bermula November 2020 dan berakhir pada 5 Januari lalu.

Pertandingan julung kali itu disertai 180 orang peserta dari seluruh Malaysia yang terlibat secara langsung dalam pendidikan awal kanak-kanak, terdiri daripada tenaga pengajar, pengasuh serta individu yang terlibat secara langsung dalam kerjaya STEM.

Hadir sama secara maya pada majlis tersebut Penasihat My STEM Ambassador UMS merangkap Pengerusi National STEM Association, Profesor Datuk Dr Noraini Idris yang juga Penceramah jemputan dalam konvensyen ini.

 

KOTA KINABALU - Selepas muncul naib johan dalam pertandingan North Borneo International Intervarsity Open: The Alcohol Debate (TAD) yang berlangsung secara atas talian baru-baru ini, kumpulan pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus gah dalam pertandingan peringkat antarabangsa.

Kali ini, kumpulan ABBA yang terdiri daripada pelajar tahun dua program perubatan, Nurul Firzanah Mohd Darwis, Kuhaneshvaren A/L Elanggovan, Sim Si Ming dan Jivanarajahn Rajendra Kumar, mengungguli pertandingan Asia-Pasific Quiz Champioship (AQC) 2020 apabila berjaya muncul johan bagi kategori Novice.

Mereka menewaskan pencabar dari Singapura, Aakhir Q dalam pertandingan akhir, manakala satu lagi pasukan dari Malaysia, The Goal Diggers mendapat tempat ketiga.

Kumpulan ABBA turut cemerlang dalam pertandingan tersebut apabila mengekalkan rekod tanpa kalah, menewaskan tiga pasukan dari India dan Malaysia dalam pusingan kelayakan, sebelum menewaskan satu lagi pasukan dari Malaysia dalam perlawanan separuh akhir bagi mengesahkan tempat di perlawanan akhir.

Suasana pertandingan akhir yang penuh tegang dramatik menyaksikan kumpulan pelajar FPSK telah menewaskan pencabar Singapura yang lebih berpengalaman dan mempunyai purata usia hampir dua kali ganda dari mereka untuk muncul johan pertandingan AQC buat julung kalinya.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) FPSK, Prof. Madya Dr. Azizan Omar dalam pada itu memuji pencapaian pelajar-pelajar FPSK tersebut yang begitu produktif dalam mencapai pencapaian cemerlang dalam pertandingan yang disertai.

“Barisan pelajar ini juga yang muncul naib johan dalam pertandingan TAD baru-baru ini, dan yang lebih membanggakan, mereka menewaskan peserta dewasa yang lebih berusia daripada mereka,” katanya.

Dekan FPSK, Prof. Dr. Mohammad Saffree Jeffree turut menyatakan rasa bangga atas pencapaian cemerlang pelajar FPSK yang muncul pemenang bagi pertandingan peringkat Asia.

“Ini menunjukkan pelajar perubatan UMS mempunyai daya pengetahuan pada tahap tinggi dan mampu menterjemahkan segala pengetahuan dengan pencapaian yang baik apabila menyertai pertandingan kuiz bertaraf dunia,” ujar Prof. Mohammad Saffree.

AQC merupakan pertandingan tahunan yang dimulakan sejak 2012 dan melibatkan peserta-peserta dari Asia Pasifik seperti Singapura, Filipina, India, Australia dan New Zealand.

Pertandingan tersebut sepatutnya berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah yang terpilih sebagai tuan rumah pada tahun ini, namun atas faktor kekangan akibat Pandemik Covid-19, pertandingan tersebut diadakan secara atas talian dengan pasukan penganjur pertandingan berpusat di Kota Kinabalu.

Pada tahun ini juga pertandingan tersebut dipecahkan kepada dua kategori, iaitu kategori Pro dan kategori Novice bagi meluaskan penyertaan dalam pertandingan kuiz yang kompetetif.

Peringkat akhir pertandingan AQC kategori Pro berlangsung pada 2 Januari dan berakhir pada 3 Januari.

 

KOTA KINABALU: A local political analyst remains positive that the ruling Gabungan Rakyat Sabah (GRS) alliance is the key to political success in the state.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) senior lecturer Assoc. Prof. Dr Lee Kuok Tiung said GRS has become a unified platform for Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) and Parti Bersatu Sabah.

"We have seen (these political) groups going through difficulties starting with an initial 'friendly match', observed in their challenges in sorting out seat distributions. Later on, we saw it in the process of the appointment of Sabah Chief Minister (after the 16th state election).

"I believe what these parties went through made them more mature; and they have built a trust with each other, especially on the importance of mutual understanding and collaboration in the interest of the people.

"We have already heard, a few times, the call from GRS leaders to put aside politicking to focus on helping the rakyat in this turbulent time caused by the Covid-19 pandemic," he told New Straits Times when contacted today.

Lee observed that GRS leaders would do what it takes to defend the alliance despite the tense relationship between Umno and Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) in the peninsular.

This was evident through the memorandum of understanding (MoU) on Saturday (Jan 9) that was signed by the top leaders of the nine Sabahan political parties that form the GRS-led state government.

The MoU, among other things, required all of these component parties to maintain the cooperation with each other, while rejecting any interference from anyone who wanted to disturb the political alliance.

The MoU also stressed upon strengthening political ties through discussions and negotiations based on understanding among the parties in GRS.

Lee said if there is anything good to come out of the MoU, it would be a better and solid GRS which was free from political interference from the peninsula.

He described the current political tension in the peninsula as "stable-tension", with seat distribution issues for the 15th General Election (GE15) as a main factor contributing to the strain.

"Sabah Umno has been talking about autonomy since GE14 and they have been granted the autonomy. Thus, this is also an opportunity for Sabah Umno to show to the rakyat they've got the power to decide for the benefit of the people of Sabah."

Meanwhile, Ethno-politics expert Dr Romzi Ationg, however, said he was not convinced with the current political cooperation within GRS despite the recent MoU.

He said any development in peninsula politics would affect GRS should the presidents of Umno and Bersatu make it compulsory for separation of certain matters at the state-level.

"Even if state leaders decide to ignore any directive (as a result of political developments in the peninsula), any disagreement on these issues among Sabahan political leaders will still lead to problems in the state.

"This, for sure, will affect the GRS-led state government. However, I hope all state leaders are interested in consolidating political ties at the state-level for the sake of the people," said Romzi, who is also a senior lecturer at UMS.

He urged all GRS parties to avoid chasing after personal interests, but instead to uphold the interest of the people whenever they faced challenges that could jeopardise the unity within the alliance.

For now, he hoped to see Sabah Umno and Sabah Bersatu holding on to their political autonomy. He also hoped these parties would reject outside interference that could break GRS.

Nonetheless, Romzi said anything could happen in politics, including a possibility of GRS leaders violating the MoU when pressured.

Source: https://www.nst.com.my/news/politics/2021/01/656156/grs-key-political-success-sabah-says-analyst

 
JUMAAT, 8 JANUARI - Kelab Kebajikan dan Rekreasi Staf (KRiS) Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil inisatif mengumpul dana dari warganya bagi menjayakan program untuk komuniti di Mengkapon, Kampung Pituru Timbang Taun dan Pengkalan Mengkapon di Pitas serta Kg. Lasaupodi, Kota Belud, Sabah.
 
Sumbangan berbentuk bakul makanan diserahkan oleh Pengerusi KriS Dr. Mohamad Zul Hilmey Makmud bagi mengurangkan beban masyarakat yang terkesan dari sudut ekonomi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(Bersyarat (PKPB).
 
Selain itu KRiS turut menyumbangkan sistem solar kepada seorang nenek, Rusni@Runi Abdullah, 63 tahun yang tinggal bersama tiga orang cucunya, Nur hidayah Abdul Wahid, 9 tahun, Mohd Muslih Abdul wahid, 6 tahun, dan Nur Hafizah Abdul Wahid, 1 tahun.
 
Sumbangan tersebut bagi membantu mereka yang sering menghadapi masalah terputus bekalan elektrik sejak beberapa tahun lepas di rumah mereka di Kg. Lasaupodi, Kota Belud.
 
“Inisiatif projek ini selari dengan tujuan penubuhan kelab bagi menggalakkan penyertaan staf universiti untuk menyumbang kepada komuniti secara saintifik mahupun dalam bentuk kerja amal.
 
“Dianggarkan sebanyak 400 bakul makanan yang setiap satunya mengandungi barang-barang keperluan dapur seperti beras, tepung, gula dan lain-lain telah disumbangkan oleh KRiS kepada empat buah kampung tersebut sepanjang tempoh PKPB,” katanya.
 
Ujar Zul Himey, dengan adanya sumbangan dan bantuan dari NGO diharapkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban penduduk kampung yang terjejas sumber pendapatan sepanjang tempoh PKPB akibat peningkatan kes pandemik COVID-19.

 

 

KOTA KINABALU, 4 JANUARI - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabab (UMS), Prof. Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin menyeru warga UMS khususnya agar mempersiapkan minda, sikap dan diri untuk lebih bersedia menghadapi situasi ekonomi dan sosial yang masih dibelenggu ketidak pastian kerana ancaman COVID-19.

Katanya, persepsi “business as usual” bukan lagi menjadi pilihan, sebaliknya kakitangan UMS perlu lebih kreatif dan inovatif dalam melakukan kerja seharian agar kualiti penyampaian perkhidmatan akan tetap terjamin dan dipertingkatkan walaupun dihimpit berbagai kekangan.

“Untuk itu, UMS akan sentiasa berusaha menambah baik dan mempertingkatkan infrastruktur teknologi maklumat yang menjadi pemacu strategik kepada kecemerlangan penyampaian perkhidmatan universiti.

“Ini sebagai menyokong transformasi perkhidmatan dan penyampaian maklumat yang lebih segera beradaptasi dengan norma baharu yang kita amalkan.

“Di samping itu, pengurusan UMS juga akan melaksanakan beberapa perancangan dan inisiatif berkaitan dengan pelan kelestarian sumber manusia bertujuan untuk memperkasa dan meningkatkan produktiviti kakitangan UMS, sejajar dengan Pelan Strategik UMS untuk mencapai visi dan misi Universiti serta menjadikan UMS kekal relevan dan terus memberikan sumbangan signifikan sebagai “universiti untuk masyarakat”,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2021 yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi UMS.official dan saluran YouTube UMS Net.

Taufiq turut optimis bahawa UMS akan terus melakar kejayaan bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah antarabangsa, dan akan terus memberikan manfaat kepada negara, negeri dan masyarakat.  

“Adalah menjadi harapan saya agar warga UMS akan terus mengukuhkan hubungan kerjasama dan ukhuwah demi kecemerlangan universiti.

“Kita juga perlu terus menerap dan mempertingkatkan amalan nilai teras UMS iaitu Dinamik, Lestari, Integriti, Keadilan dan Kebahagiaan dalam diri kita,” katanya.

Taufiq dalam pada itu turut menyingkap kembali tahun 2020 yang penuh getir dengan cabaran dan kekangan akibat COVID-19 berkata, cabaran-cabaran tersebut telah menunjukkan bagaimana relevannya UMS sebagai sebuah institusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan untuk membantu kerajaan dan masyarakat dalam menghadapi wabak tersebut.

“Sumbangan UMS dapat dilihat melalui pelbagai inovasi dan kreativiti warganya seperti penghasilan peralatan pelindung peribadi atau PPE termasuk cecair pensanitasi tangan – COVINIZER, dan alat pelindung muka – COVI-Pro; serta kemudahan seperti COVID Sampling Chamber dan COVID Sanitation Tunnel, yang dihasilkan oleh para saintis dan jurutera UMS.  

“Kesemua PPE itu telah disumbangkan kepada para petugas barisan hadapan seperti hospital, klinik kesihatan daerah dan pasukan keselamatan, serta kepada pelajar dan kakitangan UMS.  

“Para pensyarah dan penyelidik UMS juga telah membantu masyarakat yang terkesan oleh COVID-19 seperti kejayaan membantu para petani tomato di daerah Ranau memproses hasil pertanian mereka dan mengelakkan kerugian,” katanya.

Fasiliti makmal penyelidikan UMS juga kata Taufiq telah dimanfaatkan untuk membantu kerajaan negeri dalam menghadapi penularan COVID-19.  

“Makmal Biokeselamatan Tahap 3 (BSL3) yang terletak di Institut Penyelidikan Bioteknologi UMS (IPB) merupakan salah sebuah makmal universiti awam yang telah dimanfaatkan untuk tujuan melakukan ujian saringan sampel bagi mengesan COVID-19.

“Bersama kemudahan makmal di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Hospital UMS, UMS telah melaksanakan lebih 4000 ujian saringan COVID-19 yang membantu kerajaan negeri mempercepatkan tempoh keputusan ujian saringan COVID-19 khususnya di Sabah,” kata Taufiq.

Mengakhiri perutusannya, Taufiq berharap tahun baharu 2021 ini akan disambut dengan satu semangat baru dan niat yang positif serta iltizam untuk mencipta lebih banyak kejayaan di sebalik mengharungi cabaran yang bakal mendatang.