lecturehall1Bilik kuliah dan seminar disediakan di semua Sekolah. Di samping itu, beberapa dewan kuliah utama juga disediakan untuk menampung jumlah pelajar yang ramai terutamanya bagi kursus wajib.

asrama3

Pelajar yang belajar di UMS akan disediakan dengan suasana persekitaran pembelajaran yang sihat. Kolej kediaman yang disediakan adalah bersih dan selesa dengan keadaan persekitaran yang harmoni, sesuai bagi pembelajaran dan aktiviti ko-kurikulum. Kemudahan kediaman diluar kampus terdiri daripada rumah teres dan pangsapuri. Kolej kediaman pelajar di dalam kampus dikenali sebagai 'kampung' AB,CD dan E. Selain itu, terdapat beberapa buah kolej kediaman lain di luar kampus seperti Kolej Kediaman Indah Permai dan Kolej Kediaman Kingfisher. Setiap pangsapuri dan rumah teres tersebut dilengkapi dengan peralatan perabot.

Kolej Kediaman
KediamanJumlahKemudahan
Kampung AB1600 pelajarKemudahan: Bilik penginapan, Kafetaria, Bilik Perbincangan, Surau Siswa/siswi, dan Bilik Gerakan JAKMAS.
Kampung CD1400 pelajarKemudahan: Bilik penginapan, Kafetaria, Bilik Perbincangan, Surau Siswa/siswi, dan Bilik Gerakan JAKMAS.
Kampung E2700 pelajarKemudahan: Bilik penginapan, Kafetaria, Bilik Perbincangan, Surau Siswa/siswi, Bilik Gerakan JAKMAS, Pasar mini dan Kafe siber.
Kolej Kediaman Kingfisher800 pelajarKemudahan: Bilik penginapan, Kafetaria, Bilik Perbincangan, Surau Siswa/siswi, dan Bilik Gerakan JAKMAS.
Kolej Kediaman Indah Permai1,400 pelajarKemudahan: Bilik penginapan, Kafetaria, Bilik Perbincangan, Surau Siswa/siswi, dan Bilik Gerakan JAKMAS.


asrama2Untuk keterangan lanjut, hubungi :

phone15: 6088-320 000 ext. 4215, 4222  |  fax15: 6088-320445  |  email15: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..m

asrama1

ict lab

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komuniaksi (JTMK), Universiti Malaysia Sabah bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan IT kepada semua kakitangan dan pelajar dengan bantuan peralatan yang canggih dan terkini. UMS telah menyediakan blueprint digital sebelum pembangunan kampus bermula. Sebagai aset yang dianggap bernilai dan strategik kepada universiti, perkhidmatan IT sentiasa diuruskan dengan cekap.

Jaringan yang disediakan merangkumi komunikasi dalaman dan luaran. Perkhidmatan utama yang disediakan meliputi penggunaan telefon, komputer, perisian, internet, e-mail, percetakan, pengimbasan, penggambaran digital dan sebagainya.

Pelbagai perisian dan perkakasan multimedia juga terdapat di JTMK. Antara lain termasuk CD-ROM, 2D grafik, alat imej manipulasi dan penambahan, pengimbasan imej, animasi, fotografi digital, kamera video/audio digital dan penyuntingan.

Penggunaan IT dalam bidang akademik meliputi aplikasi alat multimedia dalam pengajaran, latihan praktikal dan penyelidikan. Sebahagian besar pensyarah dibekalkan dengan komputer peribadi masing-masing. Komputer tambahan juga disediakan bagi kegunaan para penyelidik.

Penggunaan sistem pengkomputeran dan perisian untuk operasi bahagian pentadbiran semakin meningkat. Perisian digunakan bagi tujuan pengurusan akaun dan audit, pengeluaran gaji, pembayaran geran penyelidikan, penyediaan inventori dan penjadualan. Kakitangan yang mengendalikan operasi ini telah diberi latihan khusus untuk memeastikan operasi berjalan lancar.