Social Impact
Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) – Quarterly Newsletter Oct–Dec 2025
Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) meneruskan usaha memperkukuh hubungan budaya dan pendidikan antara Malaysia dan Jepun melalui pelbagai program seni, bahasa, pendidikan dan pertukaran budaya sepanjang Oktober hingga Disember 2025. Antara acara utama ialah Japanese Film Festival 2025 yang berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung melalui tayangan filem Jepun, forum pembikinan filem dan bengkel kreatif bersama pengarah antarabangsa.
Selain itu, pameran budaya “I Love Sushi” memperkenalkan sejarah dan evolusi sushi Jepun kepada masyarakat Malaysia, manakala program seperti symposium pengajian Jepun, pertukaran guru ASEAN–Jepun dan pertandingan Japanese Skit Contest memberi peluang kepada pelajar dan pendidik memperkukuh pemahaman terhadap bahasa serta budaya Jepun.
JFKL turut aktif mempromosikan pembelajaran bahasa Jepun melalui aktiviti perpustakaan seperti Tadoku Salon dan OHANASHI-KAI yang menghimpunkan pelajar bahasa Jepun, pembaca dan keluarga dalam suasana interaktif dan santai.
Melalui pelbagai program pendidikan, seni dan pertukaran budaya ini, JFKL terus memainkan peranan penting sebagai jambatan hubungan budaya antara Jepun dan Malaysia, sambil menggalakkan penghayatan budaya, kreativiti dan kerjasama antarabangsa.
The Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) – Quarterly Newsletter Oct–Dec 2025
The Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) continued strengthening cultural and educational ties between Malaysia and Japan through a wide range of arts, language, education, and cultural exchange programmes throughout October to December 2025. One of the major highlights was the Japanese Film Festival 2025, which attracted more than 10,000 visitors through Japanese film screenings, filmmaking forums, and creative workshops with international directors.
JFKL also organised the “I Love Sushi” cultural exhibition, introducing visitors to the history and evolution of Japanese sushi culture. In addition, programmes such as the Next Generation Symposium on Japanese Studies, the ASEAN–Japan Exchange Program for Educators, and the Japanese Skit Contest provided students and educators with opportunities to deepen their understanding of Japanese language and culture.
The organisation also actively promoted Japanese language learning through library activities such as Tadoku Salon and OHANASHI-KAI, bringing together Japanese language learners, readers, and families in an engaging and interactive environment.
Through these diverse educational, artistic, and cultural initiatives, JFKL continues to serve as an important bridge connecting Malaysia and Japan while encouraging cultural appreciation, creativity, and international collaboration.