MATLAMAT SDG (SDG GOALS)

Dari Kampus ke Komuniti: FSSK Menggerakkan Matlamat Pembangunan Lestari
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) secara konsisten menzahirkan komitmen terhadap pelaksanaan dan pencapaian SDGs melalui pengajaran, penyelidikan, pembangunan dasar serta program pemerkasaan komuniti. Penyelidikan yang dijalankan oleh FSSK merangkumi pelbagai bidang seperti pembangunan komuniti, kesejahteraan sosial, warisan budaya, tadbir urus, keamanan dan keadilan sosial, transformasi bandar serta kelestarian alam sekitar kesemuanya mempunyai perkaitan langsung dengan kluster SDGs.
Selain menyediakan program akademik yang menekankan literasi sosial, kemanusiaan, budaya dan analisis kritikal, FSSK turut memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakan antarabangsa. komitmen FSSK UMS terhadap SDGs mencerminkan peranan fakulti sebagai pemacu ilmu, penyelidikan dan inovasi sosial yang menyumbang secara signifikan kepada kemajuan negeri Sabah, negara Malaysia dan komuniti global. Keselarasan strategi fakulti dengan SDGs turut mengukuhkan kedudukan UMS sebagai institusi pendidikan tinggi yang berdaya saing, bertanggungjawab dan berwawasan dalam mendepani cabaran pembangunan masa hadapan.

