Mengenai Kami
Bahagian Kaunseling & Bimbingan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar berfungsi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelajar Universiti Malaysia Sabah dengan berpandukan Misi, Objektif dan Wawasan Jabatan bagi mencapai sasaran dan matlamat yang ditetakan oleh Universiti. Ia berpandukan Misi, Objektif dan Wawasan seperti di bawah:
Objektif
Memastikan perkhidmatan Kaunseling dan Bimbingan dijalankan secara teratur dan berkesan.
Skop
Diterimapakai oleh Bahagian Kaunseling dan Bimbingan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk mengendalikan sesi kaunseling dan bimbingan kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah.
Definisi
Kaunseling
Kaunseling ertinya satu proses perhubungan professional antara kaunselor terlatih dengan klien yang mengalami kerisauan, kebimbangan, kecelaruan dalam membantu untuk memahami dirinya agar ia dapat memilih alternatif-alternatif yang sesuai dengan dirinya ke arah mencapai kesempurnaan kendiri.
Bimbingan
Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur seta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi menentukan kebajikan dan perkembangan dirinya.
Pelanggan
Pengguna merupakan pelajar Universiti Malaysia Sabah yang menggunakan perkhidmatan Kaunseling dan Bimbingan.
Seksyen Kaunseling
- Mengendalikan Khidmat Kaunseling dan Bimbingan kepada pelajar:
i. Individu
ii. Kelompok - Menganjurkan program-program berkaitan kaunseling dan bimbingan pelajar
- Menganjurkan program kecemerlangan akademik pelajar.
- Mengenalpasti masalah pelajar melalui keputusan akademik dan latar belakang - Mengendalikan ujian-ujian psikologi seperti (ujian Personality, Stress) kepada pelajar
- Mengendalikan sesi terapi kaunseling kepada pelajar
- Menguruskan sesi kaunseling bagi kes-kes tatatertib pelajar yang dirujuk
Seksyen Bimbingan
- Menganjurkan Program-Program berkaitan bimbingan kepada pelajar.
- Jalinan hubungan dengan syarikat, agensi luar, industri dan jabatan kerajaan bagi program kerjaya.
- Menganjurkan program-program persediaan kerjaya kepada pelajar tahun akhir
- Menjalankan sesi Bimbingan Kerjaya.

