BENGKEL NEXT PROFILING

 

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Kerjaya dan Alumni (PKA) telah mengadakan Bengkel Next Profiling pada 9 – 10 Julai 2019 baru-baru ini bertempat di Bilik Seminar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UMS. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk Melahirkan kumpulan individu yang boleh memberikan nasihat dan bimbingan kerjaya kepada mahasiswa, Membolehkan pihak jabatan dan fakulti menganalisa keperluan untuk latihan dan program berfokus di university, Menggalakkan perkongsian antara fakulti dan pusat dalam aspek pencapaian kadar Kebolehpasaran Graduan dan Menjalinkan hubungan akademik yang lebih baik antara pusat dan fakulti terlibat. 

 

Seramai 40 orang wakil fakulti yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan pentadbiran serta barisan pegawai-pegawai psikologi UMS hadir dalam sesi bengkel dua hari tersebut. Turut hadir adalah Pn. Siti Noratikah Kasmoi, Pegawai TalentCorp Malaysia, Pn. Azreen Afzan binti Md Nasir, Pegawai TalentCorp Malaysia, En. Alfred Leo - Marketing Director, GTI Media Sdn Bhd juga selaku penceramah, Prof. Madya Dr Lai Yew Meng, Pengarah PKA UMS, En. Mohd. Raffie Hj. Janau, Timbalan Pengarah, Pusat Kerjaya & Alumni, UMS dan Pn. Nurul Fatiha Firdaus binti Roslan, Pegawai Psikologi UMS.

 

Dalam pengisian bengkel tersebut peserta diperkenalkan kepada kaedah bimbingan naratif. Ini memberi penekanan kepada kepentingan "sejarah" individu untuk pilihan kerjaya yang baik. Peserta bengkel diperkenalkan kepada asas teori dan pengalaman praktikal dalam mentafsir dan menggunakan penggunaan pendekatan atas talian seperti Profil Nilai, Profil Minat, Profil Kecenderungan dan Profil Kemahiran

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Ismail Ali, menganggap bahawa bengkel ini amatlah penting dalam aspek pembangunan profiling kerjaya terutamanya kepaa bakal-bakal graduan UMS. 

 

Diharapkan agar fakulti dpt bekerjasama dengan PKA untuk menjayakan pelaksanaan NEXT profiling bermula September 2019 kelak.