Mengenai Kami

PUSAT PENGURUSAN OKU HEPA

Pusat Pengurusan Orang Kurang Upaya (PPOKU) Universiti Malaysia Sabah telah ditubuhkan di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar pada Februari 2020 atas inisiatif menyahut saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memperkasa Dasar Inklusif OKU yang telah diperkenalkan pada November 2018.

Secara umumnya, terdapat 7 kategori golongan OKU iaitu OKU pendengaran, OKU penglihatan, OKU pertuturan, OKU pembelajaran, OKU fizikal, OKU mental dan OKU pelbagai. OKU pelbagai adalah individu yang mempunyai kekurangan upaya lebih dari satu (1) satu jenis seperti kurang upaya pertuturan dan kurang upaya mental.

Tanggungjawab terhadap golongan OKU merupakan tanggungjawab semua pihak dan bukan hanya tergalas di bahu pihak tertentu semata-mata. Setiap daripada kita yang terlibat dalam sesebuah organisasi, termasuk pengurusan tertinggi, pentadbir, tenaga pengajar, pelajar dan kakitangan sokongan di setiap peringkat seharusnya berkolaborasi untuk memastikan hak-hak OKU sentiasa terpelihara.

Mulai tahun ini 2019, Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan Dasar Sifar Penolakan (Zero-reject Policy) secara menyeluruh bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Ini bagi memastikan tiada murid dalam kalangan OKU yang dinafikan hak mereka untuk memasuki alam persekolahan. Sebagai kesinambungan, Dasar Inklusif OKU juga akan dilaksanakan dan diberi keutamaan di semua Institusi Pengajian Tinggi bagi memastikan kemudahan dan sistem sokongan pendidikan yang berterusan dapat diberikan kepada pelajar-pelajar OKU yang berjaya mendapat tempat di Universiti Awam dan Swasta. 

FUNGSI 

Antara fungsi utama PPOKU UMS adalah menilai keperluan golongan OKU di UMS dari segala aspek, seterusnya membuat permohonan penambah baikan dari segi pengajaran & pembelajaran (pdp), infrastruktur, persekitaran dan tadbir urus. Empat (4) domain utama tersebut perlu ditambah baik agar mesra OKU. Selain daripada itu, operasi pejabat PPOKU UMS juga berperanan memperkasa kebajikan pelajar OKU di dalam UMS dari segi:

i.   Kemudahan pengangkutan khas.
ii.  Kemudahan kuota kolej kediaman.
iii. Membantu urus permohonan bantuan kewangan pelajar oku.

Setiap pelajar OKU yang berdaftar di PPOKU, WAJIB mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, bagi memastikan pelajar mendapat manfaat sebagai seorang OKU. Setiap pelajar OKU yang baru mendaftar di UMS harus mengisi maklumat diri di pautan berikut:
 

Klik disini untuk pautan

BKOKU KPT.

VISI

Menjadi sebuah pusat yang menguruskan hal ehwal kebajikan golongan OKU di Universiti Malaysia Sabah.

MISI

Memberi perkhidmatan kepada golongan OKU untuk memenuhi Dasar Inklusif OKU di peringkat universiti, selaras dengan falsafah dan wawasan universiti.

OBJEKTIF

1.  Memantapkan pembinaan sahsiah golongan OKU selaras dengan visi dan misi.
2. Memastikan mutu penyampaian perkhidmatan dan pengendalian kebajikan golongan OKU diurus dengan cekap dan berkesan.
3. Memperkasa jaringan alumni OKU dan hubungan kerjaya.