Bahagian Kaunseling & Bimbingan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar berfungsi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelajar Universiti Malaysia Sabah dengan berpandukan Misi, Objektif dan Wawasan Jabatan bagi mencapai sasaran dan matlamat yang ditetakan oleh Universiti. Ia berpandukan Misi, Objektif dan Wawasan seperti di bawah:  

Objektif

Memastikan perkhidmatan Kaunseling dan Bimbingan dijalankan secara teratur dan berkesan

Skop

Diterimapakai oleh Bahagian Kaunseling dan Bimbingan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk mengendalikan sesi kaunseling dan bimbingan kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Definisi

Kaunseling

Kaunseling ertinya satu proses perhubungan professional antara kaunselor terlatih dengan klien yang mengalami kerisauan, kebimbangan, kecelaruan dalam membantu untuk memahami dirinya agar ia dapat memilih alternatif-alternatif yang sesuai dengan dirinya ke arah mencapai kesempurnaan kendiri.

kaunseling adalah proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan.

Bimbingan

Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur seta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi menentukan kebajikan dan perkembangan dirinya.

PELANGGAN

Pengguna merupakan pelajar Universiti Malaysia Sabah yang menggunakan perkhidmatan Kaunseling dan Bimbingan.

Skop Perkhidmatan Bahagian Kaunseling & Bimbingan 

Mengendalikan Khidmat Kaunseling dan Bimbingan kepada pelajar:  
-Individu
-Kelompok

Menganjurkan program-program berkaitan kaunseling dan bimbingan pelajar

Menganjurkan program kecemerlangan akademik pelajar.
- Mengenalpasti masalah pelajar melalui keputusan akademik dan latar belakang

Mengendalikan ujian-ujian psikologi seperti (ujian Personality, Stress) kepada pelajar

Mengendalikan sesi terapi kaunseling kepada pelajar

Menguruskan sesi kaunseling bagi kes-kes tatatertib pelajar yang dirujuk

Menganjurkan Program-Program berkaitan bimbingan kepada pelajar.

Jalinan hubungan dengan syarikat, agensi luar, industri dan jabatan kerajaan bagi program kerjaya.

Menganjurkan program-program persediaan kerjaya kepada pelajar tahun akhir

Menjalankan sesi Bimbingan Kerjaya.

Media Sosial (Facebook) Bahagian Kaunseling & Bimbingan, JHEP

Kongsi artikel ini:

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Bangunan Anjung Siswa, , Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah.
088-320000 (Ext : 4219 / 4175)
088 - 320060
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
@jhepumsofficial