KENAPA SABAH?

Pemandangan waktu subuh dari puncak Gunung Kinbalu

WARISAN SEMULA JADI
Sabah terletak di bahagian paling utara pulau Borneo. Negeri  ini penuh dengan tempat-tempat menarik dan menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan. Kepelbagaian budaya dan alam semulajadi yang terdapat di negeri ini menjadikan ia bahagian yang paling menarik     di Borneo. Sabah dikurniakan dengan pelbagai landskap hutan tropika, gunung dan lautan asli dan terkenal sengan khazanah alam semula jadi yang merangkumi kawasan pemuliharaan Lembah Danum, rezab hidupan liar Tabin dan Maliau Basin.  Sebahagian daripada flora dan fauna yang ada di negeri ini juga tidak terdapat  di bahagian lain di dunia. Sabah merupakan tempat yang paling sesuai untuk mempelajari kepelbagaian budaya dan bio-pemuliharaan. 

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Mamut,Ranau

 

Orangutan merupakan antara haiwan menarik di Sabah dan  

Orangutan hanya boleh ditemui di hutan Borneo dan Sumatra  


·  MASYARAKAT

Sabah mempunyai kompilasi penduduk yang unik dan menarik.  Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan menuturkan  lebih daripada 80 dialek etnik di samping Bahasa Melayu. Setiap kaum ini pula  mempunyai budaya, perayaan dan adat resam yang unik. Sabah menawarkan pelbagai skop kebudayaan untuk diterokai, menjadikannya suatu negeri yang ideal kepada pelajar yang inginkan pengalaman tersendiri.

Siswa dan siswi UMS memakai pakaian tradisional etnik-etnik yang terdapat di Sabah

 

 

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan pada 24 November 1994 dan merupakan sebuah universiti awam (UA) ke-9 ditubuhkan di Malaysia yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Berpaksikan motto ‘Bertekad Cemerlang’, matlamat penubuhan UMS bukan semata-mata menghasilkan sumber manusia untuk memenuhi keperluan negara tetapi bermatlamat menghasilkan graduan yang berbakat, berkemahiran tinggi dan mengkhusus dalam pelbagai bidang.


UMS bermula dengan tiga buah sekolah dan satu pusat dan menerima seramai 205 pelajar sesi akademik pertama pada tahun 1995. Kemudian, sebanyak 10 buah sekolah lagi ditubuhkan secara berperingkat termasuklah dua kampus cawangan iaitu di UMS Kampus Antarabangsa Labuan yang menempatkan dua buah sekolah dan UMS Kampus Cawangan Sandakan dengan sebuah sekolah.

Pada 6 Mei 2014, perisytiharan nama sekolah ke fakulti telah berlangsung dan penukaran ini berkuat kuasa bermula 1 Jun 2014. Senarai fakulti tersebut ialah Fakulti Sains dan Sumber Alam; Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan; Fakulti Psikologi dan Pendidikan; Fakulti Komputeran dan Informatik; Fakulti Pertanian Lestari; Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan; Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan; Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Sehingga tahun 2020, UMS telah berjaya menghasilkan kira-kira 75,000 graduan dalam pelbagai bidang dengan purata kemasukan pelajar baharu seramai 4,000 orang setahun. Pada Majlis Konvokesyen UMS ke-21, seramai 3,690 graduan menerima ijazah Sarjana Muda, 2 menerima ijazah Diploma Pascasiswazah, 396 menerima ijazah Sarjana dan 71 menerima ijazah Doktor Falsafah.

UMS menawarkan sebanyak 72 program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda yang terdiri daripada program Sains, Kejuruteraan, Perubatan, Sains Makanan, Pertanian, Perhutanan, Seni, Sains Sosial, Perniagaan, Perakaunan dan Ekonomi.  UMS mempunyai kira-kira 15,000 pelajar prasiswazah dan 2,500 pelajar pascasiswazah yang mengikuti pengajian Sarjana atau Doktor Falsafah.

UMS mengutamakan kualiti menyeluruh termasuklah kualiti graduan serta kualiti institusi. UMS bertekad untuk mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan, khidmat masyarakat serta mencapai keseimbangan pengkhususan ilmu dan keperibadian pelajarnya.

Ia juga mendukung aspirasi utama yang digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). UMS komited merealisasikan transformasi pendidikan bagi menghasilkan golongan belia yang mampu menangani cabaran serta suasana masa depan yang rumit dan sentiasa berubah.

Justeru, menerusi Pelan Strategik UMS 2018-2022, sebanyak enam Kunci Keberhasilan Utama (KRA) telah ditetapkan, iaitu Pengalaman Pendidikan Berkualiti kepada Pelajar; Impak Tinggi Penyelidikan dan Inovasi; Keunggulan Global; Pemerkasaan Governan, Sumber Manusia dan Sistem Penyampaian; Kelestarian Kewangan dan Kampus Lestari.

Hasilnya amat membanggakan apabila buat pertama kali UMS telah tersenarai di kedudukan 801-1000 dalam QS World University Ranking bagi tahun 2020 dan terbaru dalam QS Asia University Ranking 2021, UMS berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke-210 terbaik Asia.

Ahli Akademik

UMS mempunyai kira-kira 1056 kakitangan akademik, yang mana 556 orang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) atau setaraf. Tenaga akademik UMS sangat beriltizam untuk meneroka ilmu melalui penyelidikan dan pengajaran. Ini terbukti melalui pencapaian-pencapaian yang diiktiraf sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Antara pencapaian terbaru ialah di 31st International Invention Innovation and Technology Exhibition, Malaysia (ITEX2020) apabila para penyelidik UMS mendapat 1 Anugerah Khas Malaysian Innovator Product Award (MIPA), 8 emas dan 2 perak pada 21 November 2020.

Di samping itu, ahli-ahli akademik UMS menggiatkan peranan mereka sebagai penyelesai masalah kepada industri dan masyarakat sekitar melalui program pemindahan ilmu. UMS tidak lagi beroperasi semata-mata sebagai pusat pengajian tinggi, malah telah menjadi rakan kepada pihak industri, kerajaan dan masyarakat untuk penjanaan, pembangunan dan pengkomersialan idea dan inovasi.

Pengajaran dan Pembelajaran

UMS menekankan pendekatan secara holistik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang mana teori dan praktikal adalah diberi penekanan yang sama bagi memastikan pelajar mendapat ilmu dan kemahiran yang seimbang. Pelajar akan diajar menggunakan modul yang dibangunkan untuk menyampaikan ilmu berdasarkan perspektif moden serta terkini. Program-program pengajian adalah direka bentuk dengan kerjasama pihak industri yang berkaitan bagi memenuhi keperluan industri.

Pelajar-pelajar juga akan melalui program sangkutan di industri, amali berstruktur, program mobiliti dalam dan luar negara dan peluang perkembangan kerjaya. UMS juga menerapkan kemahiran dan pemikiran keusahawanan di dalam kurikulum dan kokurikulumnya bagi melahirkan graduan yang mencipta pekerjaan dan bukannya mencari pekerjaan. Usaha-usaha ini meletakkan UMS sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi yang sangat mementingkan kejayaan pelajarnya. Iltizam UMS dalam meningkatkan kebolehpasaran graduannya dibuktikan menerusi pencapaian sebanyak 90.45 peratus graduan pada 2019 yang telah bekerja.

Kualiti pengajaran dan pembelajaran akan meningkat jika kualiti pelaksanaannya sentiasa dipelihara dan dipertingkatkan mengikuti perkembangan teknologi. Sebagai contoh, sistem pengurusan pembelajaran (learning management system) telah dipertingkatkan kepada SMARTV3 menggantikan SMART2UMS. Sistem baharu ini dibangunkan berdasarkan platform yang diiktiraf dunia yang mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif.

Kemajuan pelajar juga dapat dipantau dengan lebih efisien menerusi SMARTV3 ini. Usaha meningkatkan keberkesanan operasi dan penyampaian perkhidmatan dengan menggunakan platform internet atau secara atas talian terus dipergiatkan. UMS kini melaksanakan perkhidmatan Kampus Tanpa Tunai, pendigitalan bahan perpustakaan, aplikasi STARS dan Smart Hadir untuk rekod kehadiran kakitangan dan pelajar, Sistem HR Online dan Servis Atas Talian untuk kakitangan, Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu, Sistem Maklumat Pusat Penyelidikan (SMPPPI) dan beberapa sistem lain. Semua ini bertujuan untuk menyediakan suatu suasana yang kondusif yang menyokong pembelajaran di samping menjamin keselesaan hidup dalam kampus.

Kemudahan Universiti

Kampus UMS merupakan salah satu daripada kampus tercantik di dalam negara, dengan landskap yang menarik, kehijauan dan struktur bangunan yang mengagumkan. Semenjak penubuhannya, UMS sentiasa berusaha menyediakan kemudahan moden di samping mengekalkan keadaan semula jadi di sekitarnya. UMS mempunyai kemudahan perkhidmatan bas, perpustakaan, makmal dengan peralatan canggih, makmal multimedia, kemudahan Wi-Fi, pusat sukan, asrama, kafe, muzium, galeri, akuarium, masjid dan pusat rawatan.

Alumni UMS

UMS adalah antara institusi yang menyumbang kepada sumber manusia yang berilmu dan berkemahiran di dalam negara. Sehingga kini, UMS telah menghasilkan kira-kira 75,000 graduan, termasuk 1,332 graduan merupakan pelajar antarabangsa dari negara-negara seperti China, Brunei, Iraq dan Indonesia.

Alumni UMS kini berkhidmat di pelbagai organisasi terkenal dan tidak kurang juga yang kini menjadi usahawan yang berjaya. Peluang pengajian di UMS telah membekalkan mereka dengan kemahiran dan ilmu seperti kemahiran komunikasi, pemikiran kritis serta kemahiran bahasa yang membantu mereka meneroka dunia kerjaya dengan berkeyakinan. Di samping itu mereka juga dididik agar sentiasa beretika dan berpegang teguh kepada agama.

 

 

              Universiti Malaysia Sabah (UMS) is an institution of higher education that produces human resources, experts and professionals in a variety of fields with the focus on the quality of graduates, quality of institutions, and quality of  the overall system.

With the vision to strive to be an innovative university of global standing, UMS strives to achieve academic excellence and international recognition through its attention to learning and teaching, research and publications, social services and balance in knowledge specialization.

The university also prioritizes the personal growth of its students, resulting in greater innovation and productivity for the benefit of society and the nation as a whole. UMS is committed to education transformation to fulfill the core aspirations outlined in the Malaysia Education Blueprint 2015–2025 (Higher Education) in preparing Malaysia’s youth to thrive in the complex and ever-changing future.

*Picture (Clock wise) =Main campus aerial view/Chancellor Hall/ Clock Tower

•     Our Academicians

UMS has strived to attract, develop, and retain excellent talents. At present, UMS has more than 1200 academicians, where 483 are with PhD or its equivalent. Many of these highly committed and dedicated academics have published in high impact journal and won awards nationally and internationally as recognition of their research and innovation. 

The most recent is the British Invention Show 2015, where two of our academicians won the Special Platinum Award: International Invention of The Year Award (Industrial) and Special Platinum Award: International Innovation of The Year Award (Consumer).Our academicians have also intensified their role as solution providers for industry and community. They have secured 16 Knowledge Transfer Grants (both industry and community categories) amounted to more than RM2.5 million since 2011.

UMS has recently been awarded as an Industry Centre of Excellent (ICoE) in Agriculture, a recognitions by the Ministery of Higher Education. UMS has moved from academia operating in insolation, to the quadruple helix of academia, industry, government, and local communities coming together in partnership for the incubation, development, and commercialization of ideas and innovation. The academicians have benefitted from a conducive, supportive, and meritocratic environment with better continuous professional development programs that enable them to meet changing responsibilities and expectations. Conjointly, our faculties have associates from the industries such as oil palm industry, food industry and many more. We complement the industry through our research, rather than competing with them. 

Picture=  lecture Hall

•   Our teaching and learning

UMS employs a holistic approach towards teaching and learning, where both theory and practice are equally emphasized to get the best out of students’ academic development. Our teaching and learning modules and niche areas of research are designed to impart knowledge of current issues and modern perspectives. UMS has committed to harness the power of online learning to widen access to good quality content and enhance the quality of teaching and learning.

It is the aspiration of UMS in developing more holistic and integrated curricula and enhancing the learning ecosystem for student development. UMS enriches and enhances the student learning experiences by expanding industry collaboration in the design and delivery of programs; conducting field works, industrial and community engagement, internship, structured internship and mobility programs either nationally or internationally to meet the growing and changing demands of industry, and promotes individual opportunities for career development.

In addition, UMS has instilled an entrepreneurial mindset throughout its curriculum and co-curriculum in order to produce graduates with a drive to create jobs, rather than to only seek jobs.

UMS has won the Best Career Development Centre for Public Universities presented by Talent Corporation at the 2015 Malaysia’s 100 Leading Graduate Employer Awards to attest the commitment of UMS in industry engagement towards increasing graduates employability.  Different areas of expertise bring different perspectives and knowledge to each student, studying at UMS allows you to broaden your possibilities.

 

http://www.ums.edu.my/v5/images/banners/ban-bi/bannerbi2016/qs_ranking16_bi.png

•     Our Programs

UMS with a total of ten faculties offers 64 bachelor programs in science, engineering, medical, food science, agriculture, forestry, arts, humanities, business, accounting and economics. Under the Ministry of Higher Education Star Rating project (MyMOHES), our university has achieved 5 star ranking (98%) and is currently second in the comprehensive university category.  UMS is also ranked fourth in the top choice universities among Malaysia’s STPM/Matriculation/Foundation leavers. At present, UMS has more than 15,000 students enrolled in undergraduate programs and more than 2700 postgraduate students at the Masters and PhD levels.

UMS was recently ranked among the top 200 in QS World Ranking by Subject in Agriculture and Forestry.

 

•     Our Campus and Facilities

UMS is one of the most beautiful university campuses in the country, with fascinating landscape, lush greeneries and impressive structures. Indeed, UMS is the only University in Malaysia with its own beach and jetty. Ever since its establishment, UMS has made consistent efforts to develop modern infrastructures while conserving the existing biota. Various academic and non-academic facilities such as highly-resourced libraries, high end teaching and research instruments and laboratories, multimedia laboratories, WiFi, internet and online facilities, sport centers and outdoor facilities, students’ centers and hostels are available to enrich the students’ varsity life.  Several supporting offices and centers are established with efficient management to provide effective services and safe environment to students for a better and memorable campus life while enhancing effective learning experiences.                                                   

 -The 17th Convocation Ceremony held in 2015.

 

•     Our graduates

UMS is also among the key-player in contributing to the growth of learned and skilled human capital in the nation. So far, UMS graduates are more than 53,000 including international students from various countries such as China, Brunei, Iraq and Indonesia. Our alumni are working in many renowned organizations or as entrepreneur. UMS has inspired them by providing the needed environment for them to plan their career and equip themselves with the required knowledge and skills such as communication skills, critical thinking skills and language proficiency before entering the working world. In addition, our alumni had been taught to be ethically and morally upright, spiritually grounded and able to work across cultures.

 

WHY SABAH ?    

                       view from the top of Mt.Kinabalu at dawn

 ·NATURAL HERITAGE
Sabah is situated in the North of Borneo. The state is full of attractions and experiences that make it the interesting part of Borneo. Sabah is blessed with a diverse landscape of tropical forests, mountains, and pristine seas and known for great natural treasures which include Danum Valley Conservation Area, Tabin Wildlife Reserve and Maliau Basin.  Some of Sabah indigenous flora and fauna can only be found in this part of the world. Sabah certainly is the perfect learning platform for Bio-cultural Diversity and Conservation.
Mt.Kinabalu as seen from Mamut,Ranau

Orangutan is one of Sabah's attaraction.

orangutans are currently found in only the rainforests of Borneo and Sumatra

 

     

   -THE PEOPLE
Home to at least one of Malaysia most exciting cities, Sabah boasts one of the country’s most culturally diverse societies. Its population comprises of over 30 different races and over 80 different dialects, each group having its own colorful culture, tradition, festival and customs. For those who want to make their study-abroad experience a real adventure, there’s plenty of scope to explore, depending on  their field of interest.  

                                                                                                      UMS students wearing Sabah traditional costumes 

Admission For Out Campus

  1. Undergraduate
  2. Postgraduate

SYARAT AM KEMASUKAN KE PROGRAM PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KENDALIAN PUSAT LUAR UMS)

Syarat kelayakan masuk ke Universiti Malaysia Sabah adalah tertakluk kepada peraturan Pengajian Prasiswazah UMS. Pelajar-pelajar yang dipilih ke Universiti ini adalah melalui cara-cara seperti berikut:

Calon-calon hendaklah:

  1. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau;
    Lulus Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau;
    Lulus Diploma / Sijil dalam bidang berkaitan IPTA-IPTA lain atau
    Lulus Penilaian APEL daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan

 

  1. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)
    Permohonan kemasukan ke Program Pengajian Luar UMS (PLUMS) bagi pengambilan setiap ambilan adalah melalui Borang yang boleh dimuatturun daripada lamanweb rasmi PLUMS iaitu http://plums.ums.edu.my

 (1) KELAYAKAN MINIMUM LEPASAN STPM / SETARAF

Syarat Am Universiti

Lulus sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam amta pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai

dan

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya :

  • Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata dua (2) mata pelajaran lain dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian Universiti English Test (MUET).

 ATAU; 

(2) KELAYAKAN MINIMUM LEPASAN MATRIKULASI KPM / ASASI SAINS UM /  ASASI SAINS UiTM

Syarat Am Universiti 

Lulus sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam amta pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai dan

Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian Universiti English Test (MUET).

 ATAU;

 (3) KELAYAKAN MINIMUM LEPASAN DIPLOMA / SETARAF

Syarat Am Universiti

Lulus sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam amta pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; atau

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2012 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Amatau

Lulus Peperiksaan Matrikulasi Tahun 2012 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00atau

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2011 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyiddan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)

 ATAU;

 (4) KELAYAKAN MINIMUM MENGGUNAKAN APEL

AKREDITASI PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (ACCREDITATION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING - APEL)

APEL didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu. Oleh itu secara umumnya, proses APEL melibatkan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman. Pembelajaran ini boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah termasuk persekolahan yang formal, pengalaman hidup dan pekerjaan, latihan, pengajian bebas, kerja sukarela, hobi dan lain-lain.

Antara contoh-contoh pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu termasuk ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperoleh melalui:

1. pengalaman kerja: sepenuh masa, separuh masa ataupun sambilan;

2. kerja sukarela dan kemasyarakatan;

3. tanggungjawab keluarga;

4. hobi atau kegiatan waktu lapang;

5. melatih dan membimbing orang lain;

6. menghadiri dan menyertai seminar, persidangan dan bengkel;

7. menghadiri kursus jangka pendek;

8. kefasihan dalam bahasa-bahasa lain;

9. pengajian persendirian dan penyelidikan; dan sebarang pengalaman hidup yang lain.

APEL diwujudkan bagi menyediakan jalan kemasukan 'alternatif' kepada mereka yang tidak mempunyai kelayakan formal untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ia menggalakkan seseorang individu untuk meningkatkan pengetahuan secara berterusan yang membawa kepada sesuatu sijil kelayakan. Ini selanjutnya akan memberi peluang kepada individu untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Permohonan penilaian APEL hendaklah dibuat oleh individu (learners). 

Jika anda berminat untuk memasuki program peringkat Ijazah Sarjana Muda menerusi APEL anda haruslah :  

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Melepasi syarat kelayakan asas yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu berumur 21 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat; dan

iii. Lulus dalam penilaian yang akan dijalankan oleh MQA iaitu menerusi penilaian Portfolio dan Aptitude Test.

Dokumen permohonan perlu dihantar bersama-sama draf bank ke:

Bahagian Koordinasi dan Rujukan Jaminan Kualiti,

Agensi Kelayakan Malaysia,

13A, Menara PKNS-PJ,

No. 17, Jalan Yong Shook Lin,

46050 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

Untuk maklumat lanjut berhubung Kelayakan APEL, sila layari http://www2.mqa.gov.my/apel/     DAN

 

Menyertakan dokumen berikut bersama borang permohonan yang telah disahkan kepada pihak Univesiti:-

1. Salinan Permohonan Aplikasi Dalam Talian;

2. Salinan Kad Pengenalan / MyKad calon;

3. Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa/Surat Akuan Sumpah (Jika hilang);

4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah / Surat Akuan;

5. Akuan Majikan (Jika Berkaitan);

6. Salinan Sijil STPM / Setaraf; dan

7. Salinan Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir);

8. Salinan Diploma / Sijil (Jika ada)

9. Salinan sijil MUET;

10. Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian;

11. Salinan Keputusan Bahasa Melayu / Matematik Julai ( Jika ada) 

12. Salinan Sijil APEL (Jika ada).


FAKULTI PERNIAGAAN, EKONOMI DAN PERAKAUNAN

 HE06 – PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERBANKAN

Syarat Khas Program

  1. Calon kelayakan STPM hendaklah memenuhi syarat AM dan; mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NMGP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan/Ekonomi/Perakaunan/Matematik (M); DAN mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik.
  2. Calon Kelayakan Diploma hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki Diploma  dalam bidang yang dipohon dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah DAN mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik.
  1. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukan keputusan Muet dan mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam mata pelajaran MUET.

HE10 - PEMASARAN

Syarat Khas Program

  1. Calon kelayakan STPM hendaklah memenuhi syarat AM dan; mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NMGP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan/Ekonomi/Matematik (M); DAN mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik. 
  2. Calon Kelayakan Diploma hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki Diploma  dalam bidang yang dipohon dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah DAN mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik.
  3. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukakan keputusanMuet dan mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam mata pelajaran MUET.

HE11 – EKONOMI SUMBER MANUSIA 

Syarat Khas Program

  1. Calon kelayakan STPM hendaklah memenuhi syarat AM dan; mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NMGP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan/Ekonomi; DAN mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik/Ekonomi Asas. 
  1. Calon Kelayakan Diploma hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki Diploma dalam bidang yang dipohon dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah DAN mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik. 
  1. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukan keputusan Muet dan mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam mata pelajaran MUET.

 HE05 – EKONOMI PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN

Syarat Khas Program

  1. Calon kelayakan STPM hendaklah memenuhi syarat AM dan; mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NMGP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan/Ekonomi; DAN mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik/Ekonomi Asas.
  2. Calon Kelayakan Diploma hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki Diploma  dalam bidang yang dipohon dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah DAN mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik.
  3. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukakan keputusan Muet dan mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam mata pelajaran MUET.

 HE07 – EKONOMI KEWANGAN

 Syarat Khas Program

  1. Calon kelayakan STPM hendaklah memenuhi syarat AM dan; mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NMGP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan/Ekonomi/Matematik (M); DAN mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik.
  2. Calon Kelayakan Diploma hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki Diploma  dalam bidang yang dipohon dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah DAN mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik.
  3. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukakan keputusan Muet dan mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam mata pelajaran MUET.

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

HA13 – PSIKOLOGI INDUSTRI DAN ORGANISASI

Syarat Khas Program 

  1. Calon Kelayakan STPM hendaklah memenuhi Syarat Am dan; mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat STPM; DAN mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan/Sains/Biologi/Kimia/Fizik/Bahasa Inggeris. 
  2. Calon Kelayakan Diploma hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki Diploma dalam bidang Psikologi / Kaunseling / Kerja Sosial dari Insitusi Pendidikan yang diikitiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 DAN mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan/Sains/Biologi/Kimia/Fizik/Bahasa Inggeris.
  3. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukakan keputusan Muet dan mendapat sekurang-kurangnya Band 2 dalam mata pelajaran MUET.    
  4. Calon tidak cacat penglihatan (buta / rabun).
  5. Lulus ujian kelayakan yang ditetapkan oleh Fakulti.


HA19 – PSIKOLOGI KAUNSELING

Syarat Khas Program 

  1. Calon Kelayakan STPM hendaklah memenuhi Syarat Am dan; mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat STPM; DAN mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan/Sains/Biologi/Kimia/Fizik/Bahasa Inggeris.
  2. Calon Kelayakan Diploma hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki Diploma dalam bidang Psikologi / Kaunseling / Kerja Sosial dari Insitusi Pendidikan yang diikitiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 DAN mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan/Sains/Biologi/Kimia/Fizik/Bahasa Inggeris. 
  1. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukakan keputusan Muet dan mendapat sekurang-kurangnya Band 2 dalam mata pelajaran MUET.     
  1. Calon tidak cacat penglihatan (buta / rabun) dan tidak gagap. 
  1. Lulus ujian kelayakan yang ditetapkan oleh Fakulti.

HT19 – PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 

Syarat Khas Program

  1. Calon Kelayakan STPM hendaklah memenuhi Syarat Am dan; mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat STPM.
  2. Calon Kelayakan Diploma hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki Diploma  yang berkaitan dari Insitusi Pendidikan yang diikitiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 DAN mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan/Sains/Biologi/Kimia/Fizik/Bahasa Inggeris. 
  3.  Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukakan keputusan Muet dan mendapat sekurang-kurangnya Band 2 dalam mata pelajaran MUET.    
  4. Lulus ujian kelayakan yang ditetapkan oleh Fakulti.

 

Nota Khas :

Pengambilan bagi HT19 ini adalah pasaran terbuka (Open Market), BUKAN bertujuan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

FACULTY OF HUMANITIES, ARTS AND HERITAGE 

HA24 – SEJARAH

Syarat Khas Program 

  1. Bagi permohonan calon kelayakan STPM hendaklah memenuhi Syarat Am dan; mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NMGP 3.00) pada mata pelajaran Sejarah.
  2. Calon Kelayakan Diploma hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki Diploma yang berkaitan dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah.
  3. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukan keputusan MUET dan mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam mata pelajaran MUET.

HA02 – KOMUNIKASI

 Syarat Khas Program  

  1. Bagi permohonan calon kelayakan STPM hendaklah memenuhi Syarat Am dan; mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NMGP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am.
  2. Calon Kelayakan Diploma hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki Diploma yang berkaitan dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah.
  3. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukakan keputusan MUET dan mendapat sekurang-kurangnya Band 2 dalam mata pelajaran MUET.

FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK

 HC00 – KEJURUTERAAN PERISIAN

 Syarat Khas Program

  1. Calon Kelayakan STPM hendaklah memenuhi Syarat Am dan; mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Matematik (T); ATAU mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C+/5C) dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. 
  1. Calon Kelayakan Diploma hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki diploma dalam bidang Sains Komputer ATAU Kejuruteraan Perisian ATAU Teknologi Maklumat ATAU Sistem Maklumat ATAU Sains dan Teknologi atau yang setara dari Institusi Pendidikan yang diiktirafkan oleh Senat Universiti Malaysia Sabah dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50DAN mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat Diploma dalam mata pelajaran Matematik; ATAU mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C+/5C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. 
  1. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukan keputusan MUET dan mendapat sekurang-kurangnya Band 2 dalam mata pelajaran MUET.


HC12 – TEKNOLOGI MULTIMEDIA

Syarat Khas Program

  1. Calon Kelayakan STPM hendaklah memenuhi Syarat Am dan; mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Matematik (T); ATAU mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C+/5C) dalam mata pelajaran Matematik. 
  1. Calon Kelayakan Diploma hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki diploma dalam bidang Sains Komputer ATAU Kejuruteraan Perisian ATAU Teknologi Maklumat ATAU Sistem Maklumat ATAU Sains dan Teknologi atau yang setara dari Institusi Pendidikan yang diiktirafkan oleh Senat Universiti Malaysia Sabah dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50DAN mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat Diploma dalam mata pelajaran Matematik; ATAU mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C+/5C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik. 
  1. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukakan keputusan MUET dan mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam mata pelajaran MUET.

HC13 – KOMPUTER PERNIAGAAN

Syarat Khas Program

  1.  Calon Kelayakan STPM hendaklah memenuhi Syarat Am dan; mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Matematik (T); ATAU mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C+/5C) dalam mata pelajaran Matematik.
  2. Calon Kelayakan Diploma hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki diploma dalam bidang Sains Komputer ATAU Kejuruteraan Perisian ATAU Teknologi Maklumat ATAU Sistem Maklumat ATAU Sains dan Teknologi atau yang setara dari Institusi Pendidikan yang diiktirafkan oleh Senat Universiti Malaysia Sabah dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50DAN mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat Diploma dalam mata pelajaran Matematik; ATAU mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C+/5C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik. 
  1. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukakan keputusan MUET dan mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam mata pelajaran MUET.

FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM

HS11 – SAINS SEKITARAN 

Syarat Khas Program

  1. Calon kelayakan STPM hendaklah memenuhi Syarat Am dan; mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) dalam mata pelajaran Kimia; DAN mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Biologi/Matematik (T). 
  2. Calon Kelayakan Diploma hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki Diploma dalam bidang Sains atau setara dari Institusi Pendidikan yang diiktirafkan oleh Senat Universiti Malaysia Sabah; DAN mendapat Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat Diploma dalam mata pelajaran Kimia; DAN mendapat Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat Diploma dalam mata pelajaran Biologi/Matematik.
  3. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukakan keputusan MUET dan mendapat sekurang-kurangnya Band 2 dalam mata pelajaran MUET.
  4. Pelajar adalah dari aliran Sains semasa di peringkat SPM.

FAKULTI KEWANGAN ANTARABANGSA LABUAN

HE21 – PEMASARAN ANTARABANGSA

Syarat Khas Program

  1. Calon kelayakan STPM hendaklah memenuhi Syarat Am dan; mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) dalam mata pelajaran Ekonomi/Perakaunan/Pengajian Perniagaan; DAN mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik/Bahasa Inggeris.
  2. Calon kelayakan DIPLOMA hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki Diploma dalam mana-mana bidang yang berkaitan dengan Perniagaan, Kewangan, Pemasaran, Ekonomi, Perbankan, Pengurusan dan Perakaunan dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah; DAN mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik/Bahasa Inggeris.
  3. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukakan keputusan MUET dan mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam mata pelajaran MUET.

HE23 – KEWANGAN ISLAM 

Syarat Khas Program 

  1. Calon kelayakan STPM hendaklah memenuhi Syarat Am dan; mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) dalam mata pelajaran Ekonomi/Perakaunan/Pengajian Perniagaan; DAN mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik/Bahasa Inggeris. 
  1. Calon kelayakan DIPLOMA hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki Diploma dalam mana-mana bidang yang berkaitan dengan Perniagaan, Kewangan, Pemasaran, Ekonomi, Perbankan, Pengurusan dan Perakaunan dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah; DAN mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik/Bahasa Inggeris. 
  1. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukakan keputusan MUET dan mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam mata pelajaran MUET.

FAKULTI PERTANIAN LESTARI

HG36 – PENGELUARAN TERNAKAN

Syarat Khas Program

  1. Calon kelayakan STPM hendaklah memenuhi Syarat Am dan; mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Fizik/Kimia/Matematik (M) /Matematik (T)/Matematik Tambahan; DAN mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Biologi/Sains Pertanian/Sains. 
  1. Calon Kelayakan Diploma hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki Diploma dalam bidang Sains dan setara dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.30. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Diploma Pertanian, Diploma Pengurusan Ladang, Diploma Kesihatan Haiwan, Diploma Perniagaan Tani, Diploma Kejuruteraan Pertanian dan Diploma SainsDAN mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Biologi/Kimia/Matematik Tambahan/Sains Pertanian atau mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat Diploma dalam mata pelajaran Biologi/Kimia/Sains Tumbuhan/Sains Haiwan. 
  1. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukakan keputusan MUET dan mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam mata pelajaran MUET.

HG34 – PENGELUARAN TANAMAN

Syarat Khas Program

  1. Calon kelayakan STPM hendaklah memenuhi Syarat Am dan; mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Fizik/Kimia/Matematik (M) /Matematik (T)/Matematik Tambahan; DAN mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Biologi/Sains Pertanian/Sains.
  2. Calon Kelayakan Diploma hendaklah memenuhi Syarat Am dan; memiliki Diploma dalam bidang Sains dan setara dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.30. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Diploma Pertanian, Diploma Pengurusan Ladang, Diploma Kesihatan Haiwan, Diploma Perniagaan Tani, Diploma Kejuruteraan Pertanian dan Diploma SainsDAN mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Biologi/Kimia/Matematik Tambahan/Sains Pertanian atau mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat Diploma dalam mata pelajaran Biologi/Kimia/Sains Tumbuhan/Sains Haiwan.
  3. Calon Kelayakan Diploma dan STPM diwajibkan untuk mengemukakan keputusan MUET dan mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam mata pelajaran MUET.

FACULTY OF PSYCHOLOGY & EDUCATION

MASTER OF EDUCATION (MED) 

Admission Requirements

  • Candidates should posses a good Bachelor of Education Degree from local universities or accredited universities. Those with Bachelor Degree with Honours in other fields but with teaching qualification and experience will also be considered.
  • STPM/ Diploma provided that the applicant has at least (5) years of direct working experience in the education industry and passed the APEL assessment.

MASTER OF PSYCHOLOGY (COUSELLING)

Admission Requirements

  • Candidates should possess a good bachelor of psychology degree from a local universities or accredited universities. Those with bachelor degree with honours in other field with working experience may also be considered.
  • STPM/ Diploma provided that the applicant has at least (5) years of direct working experience in the psychology industry and passed the APEL.

FACULTY OF COMPUTING & INFORMATICS

MASTER OF COMPUTER SCIENCE (Software Development)

Admission Requirements

Applicants should possess the following:

  • A Bachelor of Science degree in Computer Science/ Information Technology or equivalent with a minimum CGPA of 2.75 or equivalent OR
  • A first degree or equivalent in any subjects other than Computer Science/ Information Technology with a minimum CGPA of 2.50 or equivalent in which the applicant may be accepted for admission into the master programme, provided that al prerequisite modules in computing have been taken adequately prepare them pursue the Master of Computer Science OR
  • A Bachelor of Science degree in Computer Science/ Information Technology or equivalent with CGPA less than 2.50 provided that the applicant has at least five (5) years of direct working experience in the ICT industry OR
  • STPM/ Diploma provided that the applicant has at least five (5) years of direct working experience in the ICT industry and passed the APEL assessment.

MASTER OF COMPUTER SCIENCE (Computational Intelligence)

Admission Requirements

Applicants should possess the following:

  • A Bachelor of Science degree in Computer Science/ / Information Technology or equivalent with a minimum CGPA of 2.75 or equivalent OR
  • A first degree or equivalent in any subjects other than Computer Science/ Information Technology with a minimum CGPA of 2.50 or equivalent in which the applicant may be accepted for admission into the master programme, provided that all prerequisite modules in computing have been taken to adequately prepare them to pursue the Master of Computer Science OR
  • A Bachelor of Science degree in Computer Science/ Information Technology or equivalent with CGPA less than 2.50 provided that the applicant has at least five (5) years of direct working experience in the ICT industry OR
  • STPM/ Diploma provided that the applicant has at least five (5) years of direct working experience in the ICT industry and passed the APEL assessment.

FACULTY OF BUSINESS, ECONOMICS & ACCOUNTANCY

MASTER OF BUSINESS ADMINISTRATION (MBA)

Admission Requirements

Candidates must meet the following requirements:

  • Bachelor Degree with Honours in any field with CGPA of 2.75 and above from any institutions of higher learning that is recognized by the Senate of University Malaysia Sabah
  • CGPA 2.50 can be accepted subject to a minimum of five (5) years working experience in the area relevant to the field of study, and recognized by the Senate of Universiti Malaysia Sabah as equivalent to the above.
  • STPM/ Diploma provided that the applicant has at least five (5) years of direct working experience related to Business or Management and passes the APEL assessment.
  • Candidates from non-English speaking countries must submit and English language test result of either IELTS [minimum Band 5.5] or TOEFL [minimum Band 5 0r 500/213]

 (Classes may commence concurrently for both full time and part time students.)

 

MASTER OF HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (MHCM) 

Admission Requirements

Candidates must meet the following requirements:

  • Bachelor Degree with Honours in any field with CGPA of 2.75 and above from any institutions of higher learning that is recognized by the Senate Universiti Malaysia Sabah
  • CGPA 2.50 can be accepted subject to a minimum of 5 years working experience in the area relevant to the field of study and recognized by the Senate of Universiti Malaysia Sabah
  • STPM/ Diploma provided that the applicant has at least five (5) years of direct working experience related to Business or Management and passed the APEL assessment.
  • Candidates from non-English speaking countries must submit and English language test result of either IELTS [minimum Band 5.5] or TOEFL [minimum Band 5 or 500/213]

(Classes may commence concurrently for both full time and part time students.)

MASTER OF ECONOMICS (MECON)

Admission Requirements

Candidates must meet the following requirements:

  • Bachelor of Economics (Hons) CGPA 2.75 and above OR
  • Bachelor of Economics (Hons) CGPA 2.50 with working experience in related field or
  • Any equivalent qualifications and recognized by the University Senate

(Classes may commence concurrently for both full time and part time students.)


FACULTY OF HUMANITIES, ARTS & HERITAGE

MASTER OF ARTS (Government and International Relations)

Admission Requirements

Applicants should possess the following:

  • Bachelor Degree with CGPA of not less than 2.75 from Universiti Malaysia Sabah or other institution of higher learning approved by Senate; OR
  • A Bachelor Degree from other fields that is approved by Senate with at least 5 years working experience;
  • Other qualifications equivalent to a Bachelor Degree and possessing other qualification recognized by the Senate.
  • Candidates who wish to continue their studies on Coursework mode must satisfy special conditions specified by respective Faculties/Centers / Institutes.

FACULTY OF FOOD SCIENCE & NUTRITION

MASTER OF SCIENCE (Food Safety and Quality)

Admission Requirements

Applicants should possess the following:

  • A Bachelor’s Degree in Science with minimum CGPA 2.50 or equivalent from institution of higher learning recognized by University Senate; OR
  • A Bachelor’s Degree or equivalent not meeting CGPA of 2.50, can be accepted subject to a minimum of 5 years working experience in relevant field ;
  • Local candidates must achieve credits in English at SPM level or passed English courses at Diploma or Bachelor Degree level; and
  • International candidates must obtain a TOEFL score at least 550or IELTS score of at least 6