Pencalonan Bagi Anugerah Tokoh Kepimpinan Universiti Malaysia Sabah Bagi Tahun 2020

 

Pengumuman Daripada    :  Urusetia, Jawatankuasa Anugerah Tokoh Kepimpinan            

Kepada                                              :  Kakitangan Universiti Malaysia Sabah

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

         

Anugerah Tokoh Kepimpinan merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Inovasi Universiti Malaysia Sabah. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan tinggi terhadap sesuatu pencapaian yang cemerlang dan sumbangan kakitangan yang diakui mencapai tahap terbilang dalam kepakaran masing-masing serta mempamerkan ciri-ciri seorang pemimpin. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, penerima anugerah ini akan diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) pada tahun ini.

 

Sehubungan itu, mohon kerjasama untuk mewar-warkan borang pencalonan bagi anugerah ini kepada kakitangan di jabatan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.

 

Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Anugerah Tokoh Kepimpinan UMS dan Borang Pencalonan (Lampiran A) untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Pencalonan adalah bermula pada 30 November 2020 (Isnin) sehingga 14 Disember 2020 (Isnin).

 

Untuk maklumat lanjut pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Ismail Ladama, Penolong Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia melalui emel ini: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.