Keputusan Kemasukan Ke Program PML Bagi Sesi 2021

Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari

 

SEMUA KAKITANGAN

UNIVERSITI MALASYIA SABAH

 

Tuan/Puan,

MAKLUMAN SENARAI NAMA MURID/KANAK-KANAK YANG DITAWARKAN MENGIKUTI PROGRAM TASKA, PROGRAM TADIKA, PROGRAM DAYCARE DAN TRANSIT, PUSAT MINDA LESTARI (PML) BAGI SESI KEMASUKAN JANUARI 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kemasukan Kanak- kanak/Murid PML Bil.1/2020 yang bersidang pada 20 November 2020 telah meluluskan permohonan anak tuan/puan untuk mengikuti program di PML bagi Sesi Kemasukan 2021. Surat tawaran akan dihantar melalui alamat email yang dinyatakan dalam borang permohonan bemula pada 7 Disember 2020.

3. Untuk makluman, murid sedia ada pada tahun 2020 (Umur 4 dan 5 Tahun), kemasukan untuk mengikuti program Tadika dan Daycare & Transit bagi tahun 2021 adalah secara tawaran terus.

4. Sehubungan itu, pendaftaran kemasukan kanak-kanak baharu dan kanak- kanak sedia ada akan diadakan secara atas talian pada 18-23 Disember 2020 dari jam 9.00 pagi - 4.00 petang. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Pn. Elexsa Yukun (014-8703474) dan Pn. Azrena Mukri (013-5510868) (pada hari dan masa berkerja sahaja).

Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

DAYCARE 2021 (.pdf)

TRANSIT 2021 (.pdf)

TADIKA 2021 (.pdf)

TASKA INFANT 2021 (.pdf)

TASKA TODDLER 2021 (.pdf)

TASKA PLAYGROUP 2021 (.pdf)

CARTA ALIR  PENDAFTARAN SECARA ONLINE PML 2021 (.pdf)

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.