Pelawaan Geran Penyelidikan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Tahun 2021

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Assalammualaikum dan Salam Kekeluargaan,
 
 
YBhg. Dato’/ Datuk/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
 
PELAWAAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA TAHUN 2021
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menyediakan sejumlah peruntukan dalam bentuk Geran Penyelidikan bagi melaksanakan penyelidikan saintifik dalam bidang kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif. Tempoh penyelidikan yang dicadangkan adalah 6 hingga 24 bulan tertakluk kepada kesesuaian tajuk dan metodologi penyelidikan yang akan dijalankan.
 
3.       Geran Penyelidikan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penyelidik-penyelidik profesional menjalankan penyelidikan saintifik yang relevan dalam bidang kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif serta dapat menghasilkan penemuan baharu yang bermanfaat, boleh diguna pakai dan menjadi rujukan oleh LPPKN untuk mengemas kini, merangka dan menambah baik dasar dan program perkhidmatan kekeluargaan di masa akan datang.
 
4.       Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato’/ Datuk/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dipelawa untuk menjalankan penyelidikan saintifik menggunakan Geran Penyelidikan LPPKN Tahun 2021 berpandukan Syarat dan Skop Penyelidikan yang telah ditetapkan iaitu seperti di Lampiran A. Bersama-sama ini disertakan Surat Pelawaan Geran Penyelidikan LPPKN 2021 untuk rujukan YBhg. Dato’/ Datuk/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. Tempoh tawaran ini dibuka adalah mulai 15 Januari 2021 (Jumaat) sehingga 15 Februari 2021 (Isnin) selewat-lewatnya pada pukul 5.30 petang. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di laman sesawang  https://mprh.lppkn.gov.my/.
 
5.       Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, YBhg. Dato’/ Datuk/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi urus setia Geran Penyelidikan LPPKN seperti berikut:
 
     (i)         Puan Massita Mohamad di talian 03-2613 7555 samb. 1511
     (ii)        Cik Rosdiana Abd Hamid di talian 03-2613 7555 samb. 1517
     (iii)       Cik Umie Nabihah Mustafar di talian 03-2613 7555 samb. 1518
     (iv)       Urus setia Geran Penyelidikan melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’/ Datuk/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan ke atas perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
 
Sekian,terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.