Notis Pilihan Mencarum KWSP Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja) Tahun 2021

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Seperti yang pihak tuan/puan sedia maklum, Kerajaan telah mengumumkan pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada sebelas (11) peratus kepada sembilan (9) peratus seperti berikut:-

  1. Kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini akan berkuatkuasa mulai upah pekerja bulan Januari 2021 (caruman Februari 2021) sehingga upah pekerja bulan Disember 2021 (caruman Januari 2022), tertakluk kepada Jadual Ketiga Akta KWSP 1991. 
  2. Kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini adalah terpakai untuk pekerja berumur bawah 60 tahun yang wajib mencarum. Manakala kadar caruman berkanun untuk pekerja berumur 60 tahun dan ke atas adalah kekal pada kadar yang sama.

  

Sehubungan itu, kakitangan UMS yang merupakan ahli KWSP dan memilih untuk mengekalkan caruman kadar syer pekerja pada kadar 11% mulai gaji bulan Januari 2021 hendaklah  melengkapkan google form seperti pautan berikut;

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfBxTkfYQsbcW-CfaotqlJRqRuXy0gsTr828hP_7nYKVvBL0A/viewform?usp=pp_url%5C

 

Maklumbalas hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada hari Isnin,  18 Januari  2021.  Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara ini boleh dimajukan melalui e-mel  ke alamat : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Sekian dan harap maklum.

 

 

Bendahari

Universiti Malaysia Sabah

13 Januari 2021

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.