Kempen Sumbangan Staf Dalam Tabung-Tabung Amanah UMS (Endowmen Dan Wakaf) Melalui Potongan Gaji

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW)

 

 

YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

KEMPEN SUMBANGAN STAF DALAM TABUNG-TABUNG AMANAH UMS (ENDOWMEN DAN WAKAF) MELALUI POTONGAN GAJI

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Dimaklumkan bahawa UMS melalui Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) mengadakan kempen sumbangan staf ke Tabung-Tabung Amanah UMS (Endowmen dan Wakaf) melalui potongan gaji dengan sumbangan minimum RM3.00 sebulan.  Sumbangan akan digunakan untuk membantu pelajar UMS yang kurang berkemampuan dan amat memerlukan bantuan kewangan. Selain itu, sumbangan juga akan digunakan selaras dengn TOR Tabung-Tabung Amanah UMS yang mana sekaligus membantu dalam pembangunan pendidikan Universiti.

 

Staf UMS yang berminat dimohon untuk melengkapkan maklumat seperti dalam borang bentuk google form yang berikut:

 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf88TSGPDFnWemPMlYKhvLE8jItqSx4CbRQJmUBhgXhW8aLLw/viewform 

 

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Cik Asnezah Ag Abas di talian 088-320,000 Ext: 202 300 (Endowmen) dan Pn. Sherry Milani Ammil di talian 088-320,000 Ext : 102230 (Wakaf)

 

Keperihatinan dan kedermawan YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, mengenai perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

 

Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW)

Universiti Malaysia Sabah
Aras 4, Blok Utara, Bangunan Canselori, 

88400, Jalan UMS
Kota Kinabalu, Sabah

 

Emel (Seksyen Endowmen) : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Emel (Seksyen Endowmen) : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.