Nasihat Keselamatan ICT: Penukaran Kata Laluan Sistem Universiti & Emel

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, UMS

 

Manual Sistem Pengurusan Kata Laluan (.pdf)

 

Untuk makluman, pihak Universiti sentiasa mengambil serius dalam memastikan keselamatan ICT dan data Universiti sentiasa terjamin dan selamat. Pemantauan berterusan terhadap Keselamatan ICT dan data sentiasa dilakukan oleh JTMK bagi memastikan Dasar ICT (DICT) Universiti dipatuhi.

 

Hasil penemuan teknikal JTMK berdasarkan kepada aktiviti rutin pemeriksaan keselamatan mendapati rekod kata laluan semua pengguna Universiti berkemungkinan telah terdedah kepada pihak luar. Pada masa sama, didapati masih ramai pengguna Universiti belum mengemaskini / mengubah capaian kata laluan mereka dalam masa yang ditetapkan.

 

Mengambil kira perkembangan semasa ancaman Keselamatan ICT di peringkat global dan sebagai langkah pencegahan, maka JTMK MEWAJIBKAN semua capaian kata laluan pada sistem universiti dan emel ditukar atau diperbaharui dalam tempoh satu minggu dari pemakluman ini dikeluarkan.

 

JTMK bersedia membantu dan memberikan khidmat nasihat, jika diperlukan. YBhg Datuk/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan boleh menghubungi Kukuro JTMK melalui aplikasi whatapps +6088-329000.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.