Hebahan Segera: Pelanjutan Tarikh Penghantaran Permohonan Geran Malaysia-Spain Innovating Programme (MySIP)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, UMS

 

Assalamualaikum wbth dan Salam Sejahtera.

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN SEGERA: PELANJUTAN TARIKH PENGHANTARAN PERMOHONAN GERAN MALAYSIA-SPAIN INNOVATING PROGRAMME (MySIP)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan emel Kementerian bertarikh 16 September 2020 adalah dirujuk.

 

2.   Seperti YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, pihak Kementerian telah membuat hebahan pelawaan permohonan Malaysia-Spain Innovating Programme (MySIP) Tahun 2020 di bawah inisiatif MyPAiR yang mana tarikh akhir penghantaran permohonan ini adalah sepatutnya  pada 11 Mac 2021 (Khamis). 

 

3.   Namun begitu, atas beberapa kekangan yang berlaku di pihak penyelidik dan Institusi masing-masing, proses penghantaran dan perakuan permohonan tersebut tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Justeru itu, pihak Kementerian sekali lagi mengambil inisiatif sewajarnya bagi membantu penyelidik dan Institusi.

 

4.   Oleh yang demikian, pihak Kementerian telah melanjutkan tempoh masa penghantaran permohonan dan hendaklah dikemukakan oleh pihak RMC selewat-lewatnya pada 15 Mac 2021 (Isnin). Pembukaan permohonan ini adalah khusus bagi pelaksanaan kerjasama projek inovasi dalam bidang-bidang berikut:

 

3.1.    Sustainable City Development (Pembangunan Bandar Lestari);

3.2.    Knowledge-based Economy/k-Economy (Ekonomi berasaskan Pengetahuan); 

3.3.    Advanced Manufacturing and Materials (Pembuatan dan Bahan Termaju); dan

3.4.   Health (Kesihatan).

 

5.    Program ini merupakan satu program untuk menggalak dan mempromosi pembangunan penyelidikan dan teknologi yang didorong oleh pasaran (market-driven) serta untuk menggalakkan kerjasama dan projek kerjasama penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I) di antara entiti dari kedua-dua negara melalui pembiayaan secara padanan daripada JPT, MIGHT dan CDTI. Peruntukan bagi penyelidik daripada Universiti Awam (UA) adalah di bawah pembiayaan JPT, peruntukan rakan industri Malaysia di bawah pembiayaan MIGHT manakala peruntukan bagi rakan industri Sepanyol adalah di bawah pembiayaan CDTI.

 

6.    Permohonan projek perlu berasaskan industri dan berorientasikan pasaran yang mana kerjasama yang dibangunkan adalah berteraskan kerjasama teknologi bersama di antara syarikat, organisasi penyelidikan, akademik di Malaysia dan rakan industri (start-ups, PKS dan syarikat besar) di Sepanyol melibatkan pembangunan atau penambahbaikan yang penting (substantial) terhadap produk, proses atau perkhidmatan. Permohonan bagi program ini mestilah melibatkan penyelidik daripada UA dan industri Malaysia serta rakan industri daripada Sepanyol.Ahli projek perlu menepati syarat-syarat permohonan yang ditetapkan sepertimana Garis Panduan MYSIP. 

 

7.    Pihak universiti adalah dipohon untuk mengambil perhatian akan perkara-perkara berikut:

 

7.1.  Permohonan perlu disediakan secara bersama dengan penyelidik bersama menggunakan templet permohonan yang disediakan;

 

7.2.  Permohonan yang disediakan perlu dikemukakan oleh Penyelidik Utama daripada Malaysia melalui emel yang disenaraikan dan disalinkan (CC) kepada emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Permohonan yang sama juga perlu dikemukakan oleh Penyelidik Utama Sepanyol melalui laman web CDTI;

 

7.3.  Permohonan peruntukan bagi penyelidik UA perlu diperaku oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) sebelum dimajukan kepada urus setia. Walau bagaimanapun, penilaian dalaman bagi penghantaran ini tidak perlu dilaksanakan; dan

 

7.4.  Penyelidik yang berminat untuk memohon perlu mendaftarkan minat (register interest) menerusi: 

          

           i)Melalui pautan Google Form di laman web MIGHT (https://www.might.org.my/):

           https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc70N3sARLEznALG9PlEqIEiEzjWYxz20vA4OypfSDIdZ3q-Q/viewform

 

8.    Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai berikut:

 

 Puan Rohida binti Kamis

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 03 – 8870 6979

 

Cik Nor Amira Farhana binti Ahmad Zailani

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

03 – 8870 6969 ext. 4584

 

9.    Kerjasama dan perhatian YBhg.Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

URUSETIA DANA KHAS & PENYELARASAN

Seksyen Dana Khas dan Penyelarasan | Special Fund and Coordination Section

Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT | Institutions of Higher Education Research Excellence Division

Jabatan Pendidikan Tinggi | Department of Higher Education

Kementerian Pengajian Tinggi | Ministry of Higher Education 

[T]: +603-8870 6969 | [F]: +603-8870 6867 | [E]:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.