Pengumuman Daripada: Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar, UMS
Pembukaan Permohonan Tuntutan Bayaran Balik Belian Kasut Pakaian Seragam Bagi Tahun 2021 (.pdf)
PEMBUKAAN PERMOHONAN TUNTUTAN BAYARAN BALIK BELIAN KASUT PAKAIAN SERAGAM BAGI TAHUN 2021
Dengan hormatnya, saya merujuk kepada pekara yang dinyatakan di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuntutan bayaran balik belian kasut pakaian seragam kini dibuka kepada kakitangan tuan/puan yang layak menerima kemudahan tersebut seperti mana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Kemudahan Pakaian Seragam Universiti Malaysia Sabah (Pindaan 2018). Permohonan tersebut boleh dibuat menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Pendaftar menerusi pautan http://www.ums.edu.my/pendaftar/v3/index.php/en/download/forms.
3. Sehubungan itu, kakitangan sokongan 1 dan 2 yang layak menerima kemudahan bekalan kasut dibenarkan untuk membeli kasut yang memenuhi spesifikasi [7.2.1 (b) Kaedah Pembekalan Kasut] dan seterusnya membuat tuntutan bayaran balik tertakluk kepada kadar seperti di dalam garis panduan Kemudahan Pakaian Seragam UMS https://ums.edu.my/pendaftar/v4/images/Pekeliling/2014/Pekeliling_Pendaftar_Bil_6_Tahun_2014.pdf.
4. Oleh yang demikian, tarikh akhir mengemukakan permohonan tuntutan adalah pada 31 Mei 2021 (Isnin) dan permohonan tuntutan yang dikemukakan kepada pihak kami selepas tarikh tersebut tidak akan diproses. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini sila berhubung dengan En. Mohd Khairuddin Ahmad, Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar di sambungan. 102477 atau Pn. Ryna May Yami, Pembantu Tadbir (P/O) di samb. 102544.
Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.