Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data dan Maklumat, UMS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan Apps Smart-Hadir (IOS) telah dinaik taraf ke versi 1.1.16 yang akan mengatasi masalah scan kod QR pada versi yang sebelum ini.
Sehubungan dengan itu, dimohon pengguna telefon pintar jenama Apple IPhone untuk membuat naik taraf versi Apps Smart-Hadir seperti berikut.
1. Membuka aplikasi App Store di IPhone dan masukkan kata “Smart-Hadir” di ruangan carian.
2. Menekan butang UPDATE untuk menaik taraf Apps Smart-Hadir ke versi 1.1.6 (mohon restart telefon pintar jika butang UPDATE tidak ada).
3. Selepas selesai menaik taraf App Smart-Hadir, sekarang anda boleh scan kod QR seperti biasa.
Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini bolehlah terus merujuk kepada Encik Malai Sairul Malai Hassan sambungan (601594) dan Encik Ag. Azihar Ag. Tangah sambungan (601927).
Perhatian dan Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.