Infografik Tatacara Permohonan Kenaikan Pangkat Kakitangan Akademik

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

Assalam wrth dan Salam Sejahtera.

 

Dimajukan Info Grafik melibatkan Tatacara Permohonan Kenaikan Pangkat Kakitangan Akademik (bagi kakitangan yang berstatus lantikan tetap sahaja) melalui https://registrar.ums.edu.my dan permohonan boleh dibuat sepanjang masa.

 

Untuk makluman, buat masa ini permohonan melibatkan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan Gred DS52, Profesor Madya Gred DS54 dan Profesor Madya Gred Khas C (VK7) boleh mengunapakai Sistem Baharu Kenaikan Pangkat Kakitangan Akademik bermula 29 Mac 2021. Manakala bagi permohonan kenaikan pangkat ke jawatan Guru Bahasa Gred DG44/48/52 dan Pensyarah Perubatan (DU54/DU56) boleh digunapakai bermula pada 5 April 2021.

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, boleh menghubungi Encik Razmi Awang Osman (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) dan Puan Nurhanisah Binti Sinin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.). Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.