Sumbangan Iftar (Berbuka Puasa) Sempena Sambutan Ihya’ Ramadan Peringkat Universiti Malaysia Sabah (UMS) Bagi Tahun 2021M/1442H

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

Borang Penyertaan Sumbangan Iftar 2021 (.pdf)

Cadangan Jadual Sumbangan Berbuka Puasa Sempena Sambutan Ihya 2021 (.pdf)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, UMS melalui Pusat Islam UMS (PIUMS) akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan sempena Sambutan Ihya’ Ramadan Peringkat UMS bagi tahun 2021M/1442H. PIUMS akan mengadakan program iftar (Berbuka Puasa) khasnya kepada mahasiswa UMS di Kampus Kota Kinabalu, Labuan, Sandakan dan jemaah masjid yang dianggarkan seramai 300 jemaah setiap hari bagi Kampus Induk Kota Kinabalu dengan jumlah perbelanjaan RM3000.00 sehari (RM10.00 x 300 orang), 50 jemaah bagi Kampus Antarabangsa Labuan dengan jumlah perbelanjaan RM1000.00 sehari (RM10.00 x 100) dan 50 jemaah bagi Kampus Sandakan dengan perbelanjaan RM500.00 sehari (RM10 x 50).

 

3. Sehubungan itu, PIUMS membuka ruang dan peluang kepada pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyumbang perbelanjaan iftar tersebut dan menghebahkan aktiviti ini kepada kakitangan seliaan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan. Bersama ini, disertakan borang penyertaan sumbangan iftar dan borang cadangan jadual sumbangan berbuka puasa untuk tindakan dan rujukan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.

 

Untuk penyertaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Binik Majuril di talian 088-320000 sambungan 613866 atau HP: 019-8737704.

 

Kerjasama dan keprihatinan pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga sumbangan ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. dan digandakan pahala sepanjang bulan ramadhan.

 

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” HR. Tirmidzi

 

Sekian.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.