Geran Sumbangan SKUM (GSS) Tahun 2021 Fasa 2

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan, UMS

 

Garis Panduan GSS (2021 F2) (.pdf)

 

Borang Permohonan GSS (.docx)

 

 

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Untuk makluman YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM), Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan Geran Sumbangan SKUM (GSS) Fasa 2. Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA), Kementerian Pengajian Tinggi adalah merupakan urus setia Jawatankuasa Kecil Tetap Pendidikan Tinggi (JKTPT) bagi SKUM. Sehubungan dengan itu,  jasa baik dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk menyebar luas hebahan ini kepada penyelidik yang berminat untuk mengemukakan permohonan.

 

3. Pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan juga adalah dimohon untuk mengambil perhatian ke atas perkara-perkara penting berikut:

 

- Permohonan perlu dikemukakan melalui Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA), Kementerian Pengajian Tinggi dan die-melkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. serta disalinkan kepada SKUM (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.);

- Tarikh tutup untuk pemohon mengemukakan permohonan kepada JKT: selewat-lewatnya 30 April 2021 (Jumaat); 

- Permohonan haruslah menggunakan Format Borang dan Garis Panduan bagi Permohonan GSS seperti yang dilampirkan; dan

- Pihak SKUM juga akan memuat naik Borang dan Garis Panduan ini di dalam laman web SKUM seperti berikut https://unesco.org.my/v2/

 

4. Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahulukan dengan terima kasih.

 

Sekian.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.