Webinar Harta Intelek (Intellectual Property) Anjuran Jabatan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), UMS

 

Webinar Harta Intelek (Intellectual Property) Anjuran Jabatan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (.pdf)

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI WEBINAR HARTA INTELEK (INTELLECTUAL PROPERTY) ANJURAN JABATAN UNDANG-UNDANG UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan mengadakan tiga (3) siri webinar berkenaan harta intelek pada 9, 16 dan 23 Jun 2021. Pihak Jabatan Undang-undang USIM dengan berbesar hati ingin menjemput warga UMS yang berminat untuk menghadiri webinar tersebut.

 

3. Bersama ini disertakan surat rasmi jemputan, brosur webinar, maklumat penceramah-penceramah serta borang pendaftaran untuk rujukan dan tindakan selanjutnya daripada pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan. Berikut adalah maklumat-maklumat penting bagi sesi webinar ini:

 

a. Tarikh Webinar: 9, 16 dan 23 Jun 2021

b. Masa: 9.30 pagi

c. Yuran Penyertaan:

    - RM50 [untuk sesi pertama sahaja (9 Jun 2021)]

    - RM150 (untuk semua sesi)

d. Tarikh tutup penyertaan: 31 Mei 2021 (Isnin)

4. Mohon jasa baik pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan untuk memanjangkan jemputan ini kepada pensyarah/penyelidik/kakitangan yang berminat di fakulti/institut/pusat masing-masing. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan boleh berhubung terus dengan urus setia webinar tersebut iaitu Cik Hamizah Hashim di talian 06-7988109 dan Cik Norsik Agai Norlizan di talian 06-7978613.

 

Kerjasama dan penyertaan daripada pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

 

Sekian.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.