Pembukaan Permohonan Projek Public-Private Research Network 2.0 (PPRN) Bagi Tahun 2021 - Fasa Kedua

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, UMS

 

Pembukaan Permohonan Projek Public-Private Research Network 2.0 (PPRN) Bagi Tahun 2021 - Fasa Kedua (.pdf)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan projek PPRN 2.0 bagi fasa kedua untuk tahun 2021 bermula pada 30 April 2021 sehingga 18 Jun 2021.Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.

 

Berikut adalah tarikh dan perkara penting berkenaan pembukaan permohonan ini:

 

BIL.

PERKARA

CATATAN

1.

Tarikh Pembukaan

Permohonan Peringkat KPT

30 April – 18 Jun 2021

2.

Tarikh Akhir Penghantaran

Permohonan Peringkat UMS

4 Jun 2021 (Jumaat)

 

**Borang Permohonan akan melalui proses penilaian peringkat UMS

3.

Dokumen Permohonan

Pemohon menghantar salinan dokumen hardcopy (berwarna) melalui TD/TP FPI.

Salinan softcopy diemelkan kepada urus setia (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)  dan (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

3. Sehubungan itu, perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan adalah dipohon untuk menghebahkan maklumat berkenaan pembukaan permohonan geran ini kepada semua penyelidik di Fakulti/Pusat/Institut masing-masing. Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Pelaksanaan dan Borang Permohonan PPRN 2.0 yang terkini untuk rujukan dan tindakan selanjutnya di pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan.

 

Kerjasama pihak YBhg. Prof./Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

 

Sekian.