Webinar University for Society Siri 1 2021

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat, UMS 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

JEMPUTAN KE SESI WEBINAR UNIVERSITY FOR SOCIETY SIRI 1 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, kerjasama serta hubungan di antara universiti dan masyarakat telah terjalin erat setelah sekian lama. Cadangan konsep pelaksanaan University for Society adalah berdasarkan “Redesign University Higher Education: University, Industry and Community Engagement”, dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PT) 2015-2025 di mana “Quadruple Helix Engagement Model” menjadi paksi utama kepada konsep University for Society.

3.         Sehubungan dengan itu, sesi webinar University For Society (U4S) siri 1 pada tahun 2021 secara maya akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh :  22 Jun 2021 (Selasa)
Masa  : 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Pautan: Facebook Official KPT
https://www.facebook.com/MOHEOfficial dan https://www.facebook.com/UCTC.UPM


Panel Utama

YB Dato’ Mansor bin Haji Othman
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi


Panel Jemputan

Tuan Mohd Sharil Abdullah
Pengarah
Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat (BKIM)

Prof. Dr. Loh Teck Chwen
Pengarah/Ketua Sekretariat U4S
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM

Prof. Dato' Aileen Tan Shau Hwai
Pengarah
Asia Pasific University-Community Engagement Network (APUCEN), USM


Moderator

Prof. Madya Dr. Mohd Nizam Osman
Timbalan Pengarah
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM


4.     Kementerian ini dengan penuh takzimnya ingin menjemput YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk bersama-sama dalam sesi webinar tersebut.

5.     Kesudian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk turut serta bersama dalam sesi webinar tersebut amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGAI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

URUS SETIA
SESI WEBINAR UNIVERSITY FOR SOCIETY SIRI 1 2021

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.