Hebahan Mengenai Pengemaskinian Maklumat Vaksinasi Kakitangan UMS

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Tuan/Puan,

 

Dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia (BSM) sedang dalam usaha untuk mengenalpasti kakitangan UMS yang belum mendapatkan vaksinasi Covid-19 dan bagi mengelakkan keciciran dalam pemberian vaksin. Sehubungan itu, dipohon kerjasama Tuan/Puan untuk membuat  Pengemaskinian Maklumat Vaksinasi melalui Sistem HROnline 4.0 selewat-lewatnya 20 Ogos 2021.

 

Atas perhatian yang diberikan amatlah dihargai.