Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS
Dimaklumkan bahawa pihak JTMK akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian tanpa wayar (WiFi) pada ketetapan berikut:
Tarikh: 01 September 2021 (Rabu)
Masa: 01.00 Pagi hingga 06.00 Pagi
Lokasi Terlibat:
1.Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (Blok B1 dan B2)
2.Kolej Kediaman Tun Fuad
3.Kolej Kediaman Tun Mustapha
Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan , pengguna rangkaian tanpa wayar (Wifi) akan mengalami gangguan akses yang melibatkan akses dalaman dan luaran (internet) buat sementara waktu.
Segala kesulitan amatlah dikesali.