Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan, UMS
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN: PERSIDANGAN KEPENDUDUKAN KEBANGSAAN 2021 (PERKKS21)
Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM) dan WMIT Group Sdn. Bhd. akan menganjurkan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2021 (PERKKS 21), secara dalam talian pada 16 November 2021. Selain membincangkan isu semasa dan cabaran dinamik penduduk dan keluarga, penganjuran persidangan memberi peluang kepada para penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka serta mengusulkan cadangan penambahbaikan terhadap polisi dan dasar sedia ada.
3. Sehubungan itu, adalah dijemput para akademik, pengamal, sarjana, penyelidik, pembuat dasar, pekerja awam dan swasta serta mana-mana agensi kerajaan untuk mendaftar dan membentangkan kertas kerja secara lisan atau poster di PERKKS21. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai persidangan sila layari Malaysia Population Research Hub https://mprh.lppkn.gov.my/, dan pendaftaran boleh dibuat melalui https://submit.confbay.com/conf/perkks21
Penyertaan daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan adalah amat dialu-alukan.
BIL | PERKARA | BUTIRAN LANJUT | ||||||
1 | TEMA | - “Penduduk dan Keluarga, Pemangkin Pembangunan Lestari” | ||||||
2 | OBJEKTIF | 1. Untuk membincangkan isu dan cabaran dinamik penduduk serta hubungkait dengan pembangunan negara serta mengupas isu-isu utama kependudukan di Malaysia; dan
2. Untuk menyediakan platform bagi para akademik dan penyelidik membentangkan hasil penyelidikan dalam bidang berkaitan kependudukan dan kekeluargaan dan menghasilkan usul-usul cadangan yang boleh diketengahkan;
| ||||||
3 | SKOP ATAU BIDANG PERSIDANGAN | - 1. Kependudukan dan Kesihatan Reproduktif - 2. Keluarga dan Cabaran Norma Baharu - 3. Belia, Teknologi, Penyelidikan dan Pembangunan - 4. Kesaksamaan Gender, Ekuiti dan Pemerkasaan Wanita - 5. Keselamatan Pemakanan, Nutrisi dan Perubahan Iklim | ||||||
4 | PERTANYAAN |
|
Sekian, untuk makluman dan hebahan kepada Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dan ribuan terima kasih.