Hebahan Dan Pemakluman Berkaitan Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Bagi Warganegara Asing (SKBMW) Tahun 2021

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

Kepada: Seluruh Kakitangan Dan Pelajar UMS Bukan Warganegara Malaysia

 

Surat Pemakluman Berkaitan Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Bagi Warganegara Asing (SKBMW) Tahun 2021 (.pdf)

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 

YBhg. Prof. Datuk Dr. & YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./ Tuan/ Puan, 

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk dan surat daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) adalah berkaitan.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Bil. 4/2019 (Ke-151) yang diadakan pada 10 Disember 2019 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah memutuskan berkaitan Kertas Makluman Kelulusan YB Menteri Pendidikan Mewajibkan Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) kepada Pelajar dan Kakitangan Warganegara Asing di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mulai Tahun 2019 seperti yang berikut:

 

Keputusan MM151.IV.7, hal. 66, pada perkara (b):

 

mesyuarat bersetuju (b) mewajibkan Ujian SKBMW kepada semua pelajar dan kakitangan warganegara asing di IPTA yang telah bermastautin selama setahun di Malaysia menduduki Ujian SKBMW mulai tahun 2020. Mereka ini hanya wajib duduki sahaja.

 

3. Sehubungan itu, bersama ini dilampirkan surat pemakluman daripada pihak MPM berserta kalender Ujian SKBMW 2021 yang jelas maksudnya untuk tujuan hebahan kepada semua kakitangan dan pelajar bukan warganegara Malaysia agar mengikuti ujian tersebut bermula tahun ini.

 

Segala komitmen dan kerjasama YBhg. Prof. Datuk Dr./Prof./Prof. Madya Dr./Dr./ tuan/ puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”