Pembukaan Permohonan Elaun Pakaian Panas Atas Talian Melalui Sistem HROnline V4.0

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Pendaftar

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan Elaun Pakaian Panas bagi tujuan bertugas/berkursus di luar negara untuk kakitangan Universiti Malaysia Sabah kini boleh dipohon melalui sistem HROnline V4.0 (Menu Kemudahan) mulai 11 November 2022. Bersama ini disertakan adalah infografik tatacara permohonan Elaun Pakaian Panas untuk makluman dan rujukan.

Sehubungan itu, dipohon kerjasama di pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk hebahan di peringkat JAFPIB masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Sebarang pertanyaan lanjut:

💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

🌶️📲 088-329 068