Pemakluman Pembukaan Permohonan Geran Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (MyLAB) 1/2023

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan., 

 

PEMAKLUMAN BERKENAAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN MALAYSIA LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/2023 

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2.  Seperti YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puansedia maklum, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperkenalkan program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) sebagai langkah merealisasikan jaringan kolaborasi lnstitusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program ini bertujuan menghubungkan jurang (bridging the gap) pengkomersialan produk penyelidikan dengan menyediakan dana pra pengkomersialan yang melibatkan kerjasama akademia dan industri, seiring dengan tuntutan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu. Program ini diharapkan berupaya memacu pengkomersialan produk/teknologi hasil penyelidikan bagi mengembangkan sempadan ilmu, terutama dalam bidang-bidang keluaran termaju (cutting edge). 

3.  Untuk makluman YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, pembukaan permohonan geran MyLAB 1/2023 adalah pada 4 September 2023 dan tarikh tutup permohonan pada 30 November 2023. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Geran MyLAB (Pindaan Tahun 2023) yang juga boleh dimuat turun daripada laman sesawang Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) melalui http://portal.mygrants.gov.my/main.php

4.       Bersama ini dilampirkan Garis Panduan dan takwim Pembukaan Permohonan Geran Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (MyLAB) 1/2023 adalah seperti berikut: 

Bil. 

Perkara 

 

Catatan 

a. 

Garis Panduan Geran MyLAB 

Lampiran 1 

b. 

Format Penyediaan Slaid ‘Project Pitching’ 

Lampiran 2 

c. 

Takwim Pembukaan Permohonan Geran Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (MyLAB) 1/2023 

Lampiran 3 

5.  Sehubungan itu, pihak YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan. selaku penyelaras di peringkat Fakulti/Akademi/Institut adalah dimohon untuk membuat saringan awal dan mengemukakan/mencalonkan maksimum tiqa (3) cadanqan projek yanq berpotensi daripada Fakulti/Akademi/Institut masing-masing. Cadangan projek tersebut perlu disediakan berdasarkan format slaid ‘project pitching’ yang telah ditetapkan oleh JPT, KPT seperti di Lampiran B dan slaid tersebut perlu dikemukakan kepada urus setia selewat-lewatnya pada 4 Oktober 2023. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara tersebut, sila berhubung terus dengan Puan Hetty Hazwani binti  Dzulkipli (013-8852373). 

6.          Permohonan yang telah disenarai pendek selepas pembentangan ‘project pitching’  perlu menghantar permohonan cadangan penuh (full proposal)  bagi geran MyLAB dengan mengemukakan lima (5) salinan Borang Permohonan Geran MyLAB yang lengkap pada 30 November 2023 melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP). Softcopy  Borang Permohonan tersebut dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan perlu disimpan di dalam compact disc/pendrive dan dihantar kepada urus setia MyLAB. 

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. 

Sekian. 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.