Jemputan Menyertai Seminar Antarabangsa Pendarasan Islam 2023 Universiti Malaysia Sabah

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Pengajian Islam

 

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, 

 

JEMPUTAN MENYERTAI SEMINAR ANTARABANGSA PENDARASAN ISLAM 2023 (SEAPIS 2023) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) 

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

 

02.       Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Pengajian Islam (FIS), UMS buat julung kalinya akan mengadakan SEAPIS 2023 sebagai salah satu platform yang signifikan kepada pelajar pascasiswazah, ahli-ahli akademik, sarjana-sarjana dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk membentangkan idea, pengalaman, hasil kajian dan seumpamanya kepada masyarakat selain bertindak sebagai medium bagi mendapatkan maklum balas dari pihak hadirin bagi menambahbaik perkongsian pembentang. 

 

03.   Sehubungan itu, kami amat berbesar hati menjemput YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dan kakitangan selian YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri seminar ini seperti dalam ketetapan berikut; 

 

Tarikh  

: 6 – 7 Disember 2023 (Rabu - Khamis) 

Masa    

: 9.00 pagi – 4.30 petang 

Tempat 

: Secara Dalam Talian Sepenuhnya 

Yuran Penyertaan 

RM50 (50 orang peserta terawal akan ditaja oleh oleh Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKEPT) Jabatan Pendaftar UMS

 

04.       Bersama ini disertakan tentatif, poster seminar dan pautan pendaftran dalam talian: https://forms.office.com/r/773LL1f33w untuk rujukan dan tindakan pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Md Razali bin Saibin di talian 013-543 0833.  

 

Segala perhatian dan kesudian YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

 

Sekian. 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.