Jom Menderma Dalam Tabung Amanah Biasiswa UMS

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf 

 

 

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

 
YBhg. Datuk/YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah melalui Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) telah melancarkan beberapa Tabung Amanah bagi tujuan Endowmen. 
 
Dana Endowmen ini berkekalan dan hanya pendapatan yang dijana sahaja akan digunakan bagi tujuan tabung tersebut. Tiada pengecualian cukai bagi sumbangan endowmen setakat ini.
 
Tabung Amanah Biasiswa bertujuan untuk membiayai pengajian pelajar yang belum menerima bantuan kewangan atau biasiswa.  Sasaran kutipan dana Tabung Amanah Biasiswa adalah sebanyak RM300,000.00 dengan anggaran 6 orang pelajar bagi setiap aliran yang akan mendapat biasiswa daripada UMS.  
 
Jom salurkan sumbangan anda ke akaun berikut:
• BoostApp:
https://myboost.app.link/7OJBTMAyJFb
 
• UMS ePayment:
https://epayment.ums.edu.my/CIEDonationFee.aspx
 
#Jomderma
#Jomsumbang
#Endowmen
#Biasiswa
#DonateNow

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.