Penyata Saraan daripada Penggajian Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 untuk Tujuan Cukai Pendapatan

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

PENYATA SARAAN DARIPADA PENGGAJIAN BAGI TAHUN BERAKHIR  31 DISEMBER 2023 (BORANG EC) UNTUK TUJUAN CUKAI PENDAPATAN

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Adalah dimaklumkan bahawa Borang EC tahun 2023 telah dimuat naik dalam Portal Staff UMS dan boleh dicapai melalui alamat https://iics.ums.edu.my seperti berikut:

 

Nama pengguna    : alamat emel UMS

Kata laluan            : sama seperti kata laluan emel UMS

 

Sehubungan itu, YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk membuat semakan dan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang pindaan atau perubahan terhadap Borang EC berkenaan selewat-lewatnya pada atau sebelum 26 Februari 2024 (Isnin) untuk tindakan Jabatan ini selanjutnya bagi memastikan data pengajian bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 dapat dikemukakan dengan lancar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

Sebarang perubahan atau pertanyaan berkaitan Borang EC 2023 bolehlah berhubung di talian 088 - 320 000 sambungan 200519 atau melalui alamat emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Bayaran Pembekal & Kakitangan

Jabatan Bendahari

20 Februari 2024

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.