Jemputan Menghadiri Program Forum Anjung At-Taqwa

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

LAMPIRAN: Tentatif Program Forum Anjung At-Taqwa Pusat Islam UMS

 

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM FORUM ANJUNG AT-TAQWA ANJURAN PUSAT ISLAM UMS DENGAN KERJASAMA RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM SABAH), JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH (JHEAINS) DAN YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM SABAH)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

02.     Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UMS dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia(RTM Sabah), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM Sabah) akan menganjurkan Forum Anjung At-Taqwa yang akan bersiaran secara langsung menerusi Radio Sabah FM pada ketetapan berikut:

 

Tarikh            : 7 Mac 2024 (Khamis)

Masa              : 6.00 petang - 9.00 malam

Tempat          : Masjid UMS

 

03.     Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput dan mempersilakan YBrs.Prof/Dr./tuan/puan untuk hadir bersama-sama mengimarahkan penganjuran forum tersebut. Bersama dengan ini dilampirkan tentatif forum tersebut untuk rujukan dan tindakan pihak YBrs.Prof/Dr./tuan/puan selanjutnya.

 

Kerjasama dan perhatian YBrs.Prof/Dr./tuan/puan berhubung dengan perkara ini amat kami hargai. Semoga Allah S.W.T. senantiasa melimpahkan rahmat keselamatan kepada kita semua.

 

Sekian.

 

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Pusat Islam 

Universiti Malaysia Sabah

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.