Peringatan kepada Semua PYD, PPP, PPK dan PEER Agar Menyelesaikan Pengisian & Penilaian Borang e-LNPT Bagi Tahun 2023

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan,
 
Pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua PYD, PPP, PPK dan PEER yang telah menyelesaikan tanggungjawab masing-masing.
 
Bagi PYD, PPP, PPK dan PEER yang MASIH BELUM membuat pengisian & penilaian, dipohon agar mengisi atau menilai borang e-LNPT dengan KADAR SEGERA.
 
Kegagalan untuk mengisi dan membuat penilaian mengikut tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan implikasi berikut;
 
1. PYD tiada pergerakan gaji tahunan pada tahun 2024;
2. PYD tidak layak menuntut tunggakan pergerakan gaji tahunan jika lewat atas kecuaian sendiri;
3. PYD tidak layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat;
4. PYD tidak layak dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);
5. PYD mengalami kesukaran memproses urusan pencen; dan
6. PYD, PPP, PPK dan PEER boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan (3)(2)(i) Akta Badan-Badan Berkanun [Tatatertib dan Surcaj] 2000 [Akta 605] kerana ingkar perintah.
 
Segala kerjasama dan perhatian Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sektor Prestasi dan Psikologi
💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
📝📲 0168917313 / 0168065272 / 0168446578
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.