Adakah Pekerja Sementara Dikenakan Zakat?

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan Dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

📝 ADAKAH PEKERJA SEMENTARA DIKENAKAN ZAKAT?

> Syarat yang mewajibkan seseorang itu untuk mengeluarkan zakat ialah:
 
- Islam dan merdeka yang bermaksud tidak wajib zakat ke atas orang yang kafir serta ke atas hamba.
- Pemilikan penuh yang bermaksud harta yang boleh digunakan tanpa apa-apa halangan atau bukan harta yang dikongsi.
- Cukup nisab yang telah ditetapkan iaitu sejumlah harta yang mencapai nilai yang diwajibkan untuk berzakat.
- Cukup haul (Setahun Qamariah) iaitu genap setahun harta tersebut berada dalam simpanannya. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, 2/8) (Rujuk Kifayatul al-Akhyar, 1/169).
 
Menjawab kepada persoalan di atas, seseorang itu tidak wajib dikenakan zakat sehingga dia telah mencukupi syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas. Meskipun seseorang itu masih dibawah jagaan ibubapanya, sekiranya dia dan hartanya telah mencukupi syarat tersebut, maka dia wajib untuk mengeluarkan zakat.
 
📍 KAUNTER ZAKAT PUSAT ISLAM UMS📍
 
Hari: Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Pusat Islam UMS
 
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:
Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
Cik Raisyah (https://wa.me/60168505856)
 
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."
 
(At - Taubah 103)
 
#zakatmembawaberkat
#UMSShare

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.