Jom Menderma dalam Tabung Amanah Universiti Malaysia Sabah

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf 

 

 

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

 
YBhg. Datuk/YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
KEMPEN JOM MENDERMA
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah melalui Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) telah melancarkan beberapa Tabung Amanah bagi tujuan Endowmen. 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa UMS melalui Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) mengadakan Kempen Jom Menderma dengan sasaran kutipan sebanyak RM700,000.
 
Antara Kelebihan menderma untuk tabung endowmen ini adalah dana asal tabung endowmen berkekalan dan akan memberi manfaat berterusan kepada lebih ramai penerima. Kedua, sumbangan umum boleh digunakan terus bagi meringankan kemiskinan, kemajuan pendidikan dan kemajuan keagamaan. Selain itu juga, kelebihan menderma dalam tabung endowmen ini adalah dapat menyumbang secara langsung kepada pembangunan pendidakan ums.
 
Semua kakitangan UMS dipelawa untuk membuat sumbangan melalui potongan gaji bulanan melalui pautan berikut: https://forms.office.com/r/DB8aCJFsfs.
Selain itu, sumbangan juga boleh disalurkan melalui Epayment UMS di pautan berikut https://epayment.ums.edu.my/CIEDonationFee.aspx atau mengimbas QR Code seperti dalam poster yang disediakan.
 
Keprihatinan dan kedermawanan YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah amat dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.
 
Jom salurkan sumbangan anda ke akaun berikut:
• Potongan Gaji bulanan :
• UMS ePayment:
 
#Jomderma
#Jomsumbang
#Endowmen
#Biasiswa
#DonateNow

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.