Program APK Hybrid Expo-7 (APKHE-7)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, Organizer Team APK Semester 2 Sesi 2023/2024 Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan PROGRAM APK HYBRID EXPO-7 (APKHE-7) pada ketetapan berikut :

🗓 Tarikh : 13 Mei - 17 Mei 2024
⏰ Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
🏫 Tempat : Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), UMS

Program ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan semangat keusahawanan dalam diri individu dan juga dalam kalangan pelajar.

Pelbagai jualan makanan dan minuman yang menyelerakan akan diadakan selaras dengan tujuan program ini. Program ini juga mampu memupuk semangat keusahawanan dalam seluruh warga UMS.

Antara jualan yang diadakan dalam program ini adalah :

MAKANAN SEDAP, MINUMAN DAN PENCUCI MULUT, AKSESORI DAN BARANG LAIN

❗Terbuka kepada seluruh warga Universiti Malaysia Sabah dan orang awam❗

Perhatian dan kerjasama anda amatlah dihargai.