Python Workshop 2024: Programming for Beginners

 

Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan sokongan Akademi Sains Malaysia (ASM) dan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Komputeran dan Informatik (PMFKI) UMS akan mengadakan program “Python Workshop 2024 : Programming For Beginners”. Aktiviti ini dilaksanakan bagi membolehkan guru dan pelajar didedahkan dengan pengetahuan bidang pengaturcaraan (coding) dan mengaplikasikannya dalam projek-projek inovasi. 
 
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada pelajar tingkatan 2 hingga tingkatan 4 (30 slot) dan guru (20 slot) yang berminat. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang menamatkan bengkel ini.
 
Aktiviti ini akan berlangsung mengikut ketetapan seperti dalam jadual berikut;
 
HARI
MAKLUMAT PROGRAM
TEMPAT
PAUTAN PENDAFTARAN
TARIKH/HARI/AKTIVITI
H1
 12 September 2024 (Khamis)
  • Introduction to Python
 
HAINA Lab, Fakulti Komputeran & Informatik
H2
 13 September 2024 (Jumaat)
  • Python for Arduino
 
H3
 23 September 2024 (Isnin)
  • Project Planning
 
H4
 24 September 2024 (Selasa)
  • Competition
 
 
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung terus dengan En. Malcolm Jilimin (013 - 556 2282 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).
 
 
Sekian.