MAJLIS ANUGERAH PASCASISWAZAH (MAP) 2014

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH
SUBJEK: MAKLUMAT RINGKAS MAJLIS ANUGERAH PASCASISWAZAH (MAP) 2014
 
1.  PENGENALAN
Anugerah Pascasiswazah telah diperkenalkan pada tahun 2011 bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar Pascasiswazah yang cemerlang dan juga meraikan sumbangan pensyarah terhadap penyelidikan dan penulisan tesis pelajar di bawah penyeliaan. Pengiktirafan juga diberikan kepada pelajar yang cemerlang yang mengikuti program kerja kursus Pascasiswazah.
 
2.  OBJEKTIF
a)  Menyokong aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan hasrat negara dalam menaikkan mutu dan kualiti Pendidikan Tinggi di Malaysia
 
b)  Penganugerahan bertujuan untuk membudayakan kecemerlangan Pascasiswazah di semua Fakulti / Pusat / Institut.
 
c) Penganugerahan ini akan dapat meningkatkan kualiti pelajar Pascasiswazah dan mutu perkhidmatan pengurusan Pascasiswazah di peringkat Fakulti/Pusat/Institut.
 
3.   MAKLUMAT PENERIMA ANUGERAH MERANGKUMI GUGUSAN SAINS DAN SASTERA
 
BIL
 
NAMA ANUGERAH
 
1.                  
 
Anugerah Tesis Ph.D Terbaik
 
2.                  
 
Anugerah Tesis Sarjana Terbaik
 
3.                  
 
Anugerah Pelajar Cemerlang (Secara Penyelidikan)
 
4.                  
 
Anugerah Pelajar Cemerlang (Secara Kerja Kursus)
 
5.                  
 
Anugerah Pelajar Terbaik Sarjana Secara Kerja Kursus Mengikut Program
 
6.                  
 
Anugerah  Penyelia Terbaik
 
7.                  
 
Anugerah Aspirasi Pascasiswazah
 

4.   MAKLUMAT PENGANJURAN MAJLIS
      TARIKH    :  26 NOVEMBER 2014 (RABU)
      MASA      :   10.30 PAGI - 2.00 PETANG
      TEMPAT   :   DEWAN BANKUASI, DEWAN CANSELOR
      ANJURAN :   PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH