Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal
Assalamualaikum & salam sejahtera,
YBhg. Prof Dr./ Dr./Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan Kursus Kesedaran GMP dan HACCP pada:
Kursus Kesedaran GMP (Good Manufacturing Practices) dan HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point)
Tarikh: 19 - 20 Oktober 2024 (2 hari)
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi: Secara bersemuka di Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMS
Yuran: RM800/peserta
Sasaran Peserta: Terbuka kepada semua
Bagi yang berminat untuk mendaftar, YBhg. Prof Dr./ Dr./Tuan/Puan boleh mengimbas QR Kod yang dinyatakan dalam poster atau mendaftar melalui pautan berikut: https://forms.office.com/r/SeDN7ZSGaf
Sekian, terima kasih.