Pengumuman Daripada: Fakulti Pengajian Islam
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, Universiti Malaysia Sabah melalui Fakulti Pengajian Islam (FIS) dan Pusat Islam UMS akan menganjurkan majlis tersebut di atas bagi meneliti pelbagai pendekatan pendidikan dalam hafazan Al-Quran yang dapat membantu pelajar meningkatkan keupayaan mereka. Majlis ini juga akan menyampaikan watikah pelantikan Profesor Adjung FIS kepada Habib Ali Zeanal Abidin Al-Hamid sebagai pakar dan tokoh agama yang akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau melalui syarahan dan sesi dialog.
3. Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati menjemput YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai seminar dan dan penyampaian watikah tersebut di atas seperti dalam ketetapan berikut;
Tarikh : 21 Oktober 2024 (Isnin)
Masa : 11.15 Pagi
Tempat : Pusat Islam dan facebook rasmi Pusat Islam UMS
4. Bersama dengan ini, dilampirkan tentatif majlis untuk rujukanYBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Md. Razali Saibin di talian 013-543 0833.
Perhatian dan penyertaan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam seminar ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.